CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2037|Reply: 15

Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?

[Copy link]
Post time 6-5-2021 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?


NAMA Michael B Jordan antara yang disebut bawa watak ikonik itu. FOTO Instagram Michael B Jordan

Los Angeles: Buat julung kalinya, filem Superman akan datang bakal menampilkan watak utama dan pengarah berkulit hitam, manakala skripnya ditulis Ta-Nehisi Coates yang juga penulis komik Wakanda terbitan Marvel.

Bagaimanapun, watak utama serta pengarah yang menggalas tanggungjawab itu belum diputuskan siapa. Difahamkan, sudah ada beberapa calon bagi membawa watak ikonik itu antaranya Michael B Jordan.

Jordan dikatakan ada terbabit dalam penghasilan filem Superman berkulit hitam sejak 2019.

Jordan bagaimanapun menafikan dia bakal membintangi filem itu.

"Saya sangat terharu apabila menjadi perbualan ramai. Semestinya ia satu penghormatan buat saya tetapi saya cuma akan jadi penonton untuk filem ini," katanya.

Wujud juga khabar watak utama Superman kulit hitam pertama itu akan diberikan kepada pelakon tidak dikenali.

Ia sebagaimana dilakukan untuk Superman Returns pada 2006 di mana Brandon Routh dipilih memegang watak itu.

Filem terakhir menampilkan adiwira terbabit adalah pada 2017 menerusi Justice League di mana watak Superman digalas pelakon serba boleh, Henry Cavill.

Untuk cadangan pengarah pula, beberapa nama disebut termasuk Barry Jenkins, Ryan Coogler, Steven Caple Jr, JD Dillard, Regina King dan Shaka King.

Untuk rekod, selain Routh dan Cavill, watak Superman selama ini cuma menampilkan pelakon kulit putih seperti George Reeves, Dean Cain, Tom Welling, Christopher Reeve dan Tyler Hoechlin.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 12:25 PM | Show all posts
Euuuuu wtf ?
original superman got CANCELLED?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Superman pon nak ber..BLM jugak ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni superman LGBTQ pulak. Pakai Cape warna pelangi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm... Aku rasa pelik dgn depa ni.. Kartun asal tak ada pun kulit hitam.. Dan ada byk watak dalam komik yg wakili kulit hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols cdgkn jesse Williams
Dr. avery dr grey's anatomy

Will Smith best jgk tp kertu Klu utk wtk ni

Idris Elba pun sm, Kertu

Daniel kaluuya x berapa nk tgi lh plk

Lakeith stanfield kuruih sgt

Tp director bg kt Jordan Peele
Mesti best


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2021 01:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 6-5-2021 12:57 PM
Ermmmm... Aku rasa pelik dgn depa ni.. Kartun asal tak ada pun kulit hitam.. Dan ada byk watak dalam ...



adala dalam komik.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 6-5-2021 01:20 PM
adala dalam komik.....

Siri ke berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 01:24 PM | Show all posts

ntah...aku google aje...

hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 6-5-2021 01:39 PM

Dah merapu WB dan DC ni

Semua nak ber BLM sekarang ni

Daripada buat versi black Superman, baik ler fokus kat black superheroes lain


Btw, Henry Cavill tu sesuai betul jadi Superman. Hensem giler dalam Man of Steel tu. Ulang tgk byk kali kat astro pun tak boring.

Peminat2 DC pun ramai tak setuju. Kecoh semalam kat twitter lepas announcement.


Btw, iols takkan tgk, bukan sbb racist tapi macam susah nak hadam, nampak 'terpaksa' dan takde originality. NEXT!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 6-5-2021 01:24 PM
ntah...aku google aje...

hehehehe

Hahahaha.. Depa ni mcm2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:24 PM | Show all posts
Macam tak sesuai je dia tu eloklah cari lagi calon lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:35 PM | Show all posts
hahahaa...hilang seri superman dah,,
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Black Superman takder kena mengena dengan BLM pun. Watak ni dah berpuluh-puluh tahun wujud dlm comic. Rasanya dah ada 3 versi Black Superman. Bukan setakat DC Comic, dalam Marvel comic pun ada superhero asalnya kulit putih mata biru, dicipta superhero berkulit hitam. Yang versi Asian pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang nya nk dicontrol black ni. Patut la asalnya hamba abdi. Ko buat la pilem ko sdri. Ni mcm pengemis sbb org kesian TERPAKSA buat versi hitam. Benci betul dgn gerakan BLM n LGBT ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 6-5-2021 01:31 PM
Dah merapu WB dan DC ni

Semua nak ber BLM sekarang ni

Masa i 1st time tgk henry pegang watak superman, sblm tu mmg xpernah nmpk heols, i rasa absurd sgt hensem dia. Mcm terlalu perfect . I siap tgk betul2 ni cgi ke org betul sbb dia sgt2 perfect utk watak superman tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.148413 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list