|
Hyun-joo dakwa penfitnah
SEBAGAI langkah mempertahankan diri, penyanyi Lee Hyun-joo dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan berita palsu mengenainya dalam media sosial.
Pada 23 April lalu, seorang individu yang mendakwa sebagai bekas pekerja DSP Media memuat naik hantaran dalam media sosial mendedahkan tentang perlakuan Hyun-joo.
Dalam penulisan tersebut, Hyun-joo didakwa terlalu sibuk bercinta dengan teman lelakinya sebelum kumpulan APRIL memulakan debut. Dia juga dituduh pernah membaling botol air ketika ketua kumpulan APRIL, Somin meminta mereka berlatih.
Mengulas dakwaan tersebut, firma guaman Lee & Kim pada 26 April lalu mengesahkan laporan polis sudah dibuat terhadap individu terbabit.
Sebelum ini, Hyun-joo mendedahkan dirinya menjadi mangsa buli rakan-rakan dalam kumpulan APRIL, namun dinafikan DSP Media.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/04/29/hyun-joo-dakwa-penfitnah/
|
|