Di dalam artikel ini kami kongsikan 10 fakta menarik ikan talapia di seluruh dunia.
Mesti ada di antara fakta-fakta ini yang anda tidak ketahui.
Jom kita baca bersama-sama:
Fakta 1:
Menurut catatan sejarah, penternakan ikan talapia telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu oleh kerajaan Mesir purba.
Fakta 2:
Nama gelaran ikan talapia di negara luar negara ialah ‘frankenfish’ kerana ikan ini mudah untuk diubah genetiknya (hybrid).
Fakta 3:
Kebanyakan ikan talapia yang ada di pasaran Malaysia adalah datangnya daripada penternakan kolam ikan.
Fakta 4:
Negara China merupakan pengeluar ikan talapia yang terbesar di dunia iaitu hampir 50% ikan talapia datangnya dari negara ini.
Fakta 5:
Ikan talapia mudah diternak kerana ikan ini senang untuk membiak, boleh hidup di dalam kolam yang sempit atau di dalam pelbagai jenis air, serta mempunyai diet pemakanan yang mudah.
Fakta 6:
Ikan talapia mudah untuk disiang, dimasak dan mempunyai pelbagai jenis resipi masakan. Oleh sebab itu, ikan ini juga digelar sebagai “ayam” versi akuatik.
Fakta 7:
Terdapat lebih daripada 100 spesis ikan talapia yang ada di dalam dunia termasuk jenis hybrid.
Fakta 8:
Penternakan ikan talapia merupakan penternakan air yang paling popular pada abad ke-21 ini.
Fakta 9:
Ikan talapia merupakan salah satu daripada 4 hidangan ikan popular di Amerika selain daripada ikan salmon, tuna dan ikan kod.
Fakta 10:
Ada saintis yang menggunakan kulit ikan talapia untuk merawat kesan melecur pada manusia.
Inilah beberapa fakta menarik ikan talapia yang sempat kami kumpulkan.
Rupa-rupanya unik juga ikan talapia ini.
Tetapi ada fakta yang mengatakan ikan talapia tidak selamat untuk dimakan? Adakah betul fakta ini?