View: 2352|Reply: 6
|
Bintang k-pop sorok wajah setahun di sebalik rambut
[Copy link]
|
|
Bintang k-pop sorok wajah setahun di sebalik rambut
Junji berkata gaya rambutnya itu menjadikan dia lebih dikenali. - OnlyOneOf
SEOUL – Seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan mencuri tumpuan menerusi gaya rambut pelik yang menutup sebahagian wajah termasuk matanya, lapor Oddity Central kelmarin.
Junji yang merupakan salah seorang ahli kumpulan OnlyOneOf mula menggayakan fesyen rambut itu sejak Januari tahun lalu.
Menurut Junji, pada mulanya dia hanya merancang untuk menggayakan gaya rambut pelik itu selama beberapa minggu.
Namun, apabila ia mula diperkatakan umum, Junji memilih untuk menyimpan gaya rambut itu sehingga setahun lamanya.
“Asalnya saya tidak sukakan gaya rambut ini namun disebabkam ramai yang mengenali saya dengan gaya ini, saya bimbang peminat tidak mengecam saya jika ia diubah, ” katanya.
Junji juga mengaku dia tidak boleh melihat dengan gaya rambutnya itu dan terpaksa meminta bantuan anggota kumpulan lain untuk memimpin tangannya semasa berada di atas pentas.
Beberapa pihak membuat spekulasi bahawa Junji memilih gaya rambut yang menutup wajahnya kerana tidak mahu diminati sekadar untuk wajahnya yang tampan.
Namun berdasarkan tinjauan terbaharu di laman sosial kumpulan ini, Junji dilihat sudah memotong rambut depannya dan menampakkan wajah yang selama ini disembunyikan.- Agensi
Wajah sebenar Junji selepas menggunting rambut depannya selepas setahun membiarkannya panjang. – OnlyOneOf
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Aloh. Rambut gini Daesung bigbang buat berzaman dah. Cuba buat rambut tu tutup sampai ke dagu pulak, mesti rare. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo itu rupa dia....biasa la skrg byk group2 yg struggle utk dikenali....gg Brave Girls yg dh 10 thn penubuhannya pun bru skg mengecapi populariti....
Depa ad kluar lg bru....tp tjuknya....xmau taip la....xmanis nk sebut di bulan Ramadhan ni....tarian dlm mv lgu tu pun seksi...atau xmanis utk ditonton #lol |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dia orang tengah trend sorok2 muka macam tu apa yang nak peliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Iols harap dia tak tersadung la kat mana2. Iols kalau rambut kat depan pun dah rimas terus ikat belakang. Iols tertanya2 macam mana la dia boleh tahan rambut kat depan tutup mata. Tak tercucuk ke rambut tu kat dalam mata? Tak sakit ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|