CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4870|Reply: 21

Tony Jaa terkenal dengan Muay Thai, Yayan Ruhian pula martabatkan seni silat di

[Copy link]
Post time 18-4-2021 02:05 AM | Show all posts |Read mode





Penggemar filem aksi dan seni bela diri pasti sangat mengenali pelakon dari Indonesia yang semakin dikenali di mata dunia, siapa lagi kalau bukan Yayan Ruhian.


Yayan Ruhian, 52 tahun, terkenal kerana membintangi filem arahan Gareth Evans, The Raid sebagai Mad Dog, The Raid 2 sebagai Prakoso, Star Wars: The Force Awakens sebagai Tasu Leech,  Beyond Skyline sebagai ketua polis, John Wick: Chapter 3 – Parabellum sebagai Shinobi dan banyak lagi filem yang menjadi kegilaan peminat seni bela diri.









Yayan juga pernah berlakon dalam sebuah filem tempatan berjudul Wira. Dalam Wira arahan Adrian Teh
, Yayan berganding dengan beberapa pelakon tempatan antaranya Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman dan Josiah Hogan.






Bercerita mengenai seni bela diri, Yayan meluahkan rasa kesal terhadap "sambutan" di negara Asia kerana dilihat semakin meminggirkan seni silat warisan yang menjadi kebanggaan sejak nenek moyang.


"Selama 12 tahun aku tidak pernah kekurangan untuk mengajar, setiap minggu aku dijemput di lain-lain negara di Eropah dan Amerika, walhal ada beberapa negara yang harus menunggu tiga tahun dalam 'waiting list' sebelum aku dapat menyempurnakan jemputan mereka."


"Tetapi, bila aku mengajar di Asia dan di negara ku sendiri, alasan yang biasa ku dengar 'jauh', 'mahal', 'guru tidak mengizinkan', 'buat apa belajar silat..???', 'kuno tu', janji tidak menepati, hasad dengki dan lain-lain lagi.


"Kebanyakan orang yang belajar denganku adalah orang-orang Barat, Cina dan India. Yang Melayu ku boleh hitung dengan jari ku disatu tangan."


"Bukan aku tidak bangga mengajar anak tempatan. Anak-anak tempatan yang tidak menghargai dan bangga dengan pencapaian ku."


Kini, Seni Silat Warisan Nusantara telah diangkat ke Hollywood kerana jasa beliau dalam mengembangkan seni silat di mata dunia. Selain Yayan, pelakon Iko Uwais juga merupakan nama hebat dan turut mengangkat seni silat dalam industri perfileman antarabangsa.


Iko Uwais





Diharapkan akan muncul lebih ramai lagi pelakon aksi dan seni bela diri yang hebat seperti Yayan, terutamanya dari Malaysia.


Agak-agak anda, siapakah pelakon seni bela diri dari Malaysia yang mungkin boleh digilap bakat dan diangkat ke pentas antarabangsa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 02:17 AM | Show all posts
memang best tengok yayan ni fight dalam filem the raid..real weh
siapa belum tengok baik korang tengok..puas hati. tapi dalam filem tu iko uwais hero. silat dia pun padu.

kat Malaysia ni belum nampak lagi pelakon macam dorang..kalau dulu kita ada eman manan,  memang layan tengok dia berlakon silat. oh ya mamat yang dalam filem Geran tu pun macam boleh dibawa ketengah tu. muka pun ala2 tony jaa..nama apa ntah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 02:33 AM | Show all posts
malaysia kita ramai pelakon cerita cintan dengan anak datuk syarikat projek juta2 je.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yayan dan iko uwais.. Mmg fuhhh.. Hero terbaru dihati ku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 03:04 AM | Show all posts

ada meh cerita wira? motip tak tahu pun

tapi yayan memang mantap silat dia.. body kecik je katang macam bruce lee. kalau mat saleh aku minat steven seagal. dia punya fight macam bersahaja tahap cipan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekrul bila lagi? Manjang the best never rest nanhado
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2021 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tgok dekat utube ramai mat saleh belajar silat dgn yayan ni.. dia ni cikgu english sambil tu ajar silat.. iols rasa bangga ada yg angkat seni silat ke antarabangsa.. kalau jepun boleh bangga dgn karate, china dgn kungfu, korea dgn taekwondo kenapa tidak kita dgn silat??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
FishHunter23: malaysia kita ramai pelakon cerita cintan dengan anak datuk syarikat projek juta2 je.

Tiber teringat daddy tepi kolam renang dengan fresh orange.{:cryrun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 05:29 AM | Show all posts
FishHunter23 replied at 18-4-2021 02:33 AM
malaysia kita ramai pelakon cerita cintan dengan anak datuk syarikat projek juta2 je.

Ada satu syarikat anak semaian pokok pakai nama Megah Holding ni. Geli perut MH jual benih kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
wnwa05: memang best tengok yayan ni fight dalam filem the raid..real wehsiapa belum tengok baik korang tengok..puas hati. tapi dalam filem tu iko uwais hero.  ...


Emam manan tu gurunya Allahyarham Tokcik Ku Ahmad, the undefeated. Sebab tu nampak lain sgt auranya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
masalah tempat kita ni ramai yg tak berminat
stesen tv pun takda yg nak buat balik citer2 bertemakan persilatan ni
gelanggang pun banyak yg dah tutup
malahan ada sesetengah yg memperlekehkan silat katanya mcm mana nak bertempur klu kena bukak bunga silat dulu pastu banding2kan dgn martial arts luar

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:11 AM | Show all posts
kat netflix yayan ada jadi cikgu cerita Tarung Sarung.. boleh la layan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hairul azreen??...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 09:25 AM | Show all posts
Dahulu minat dengan ebby yus, silat dia pun boleh tahan selain eman manan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:00 PM | Show all posts
ada je yang hebat2 bersilat. dalam cerita abang long padhil mamat dua orang tu pun padu
tapi tula, pengarah filem malaysia sibuk lumba buat cerita cinta
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 02:33 PM | Show all posts
kalau takde benang ni aku tak kenal pun nama Yayan Ruhian kenal muka je

tapi Iko Uwais hebat, Tony Jaa best

aku fan pada dua dua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reira77: Kekrul bila lagi? Manjang the best never rest nanhado

Tukar jer la..the best,better rest.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Den mmg minat bonar dengan dio ni,
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 12:43 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 18-4-2021 01:27 PM
Reira77 replied at 17-4-2021 03:41 PM
Kekrul bila lagi? Manjang the best never rest nanhado

Hairul Azreen? The Best Never Rest?? Meh i nak cerita.

Hairul ni fefeling terhandal dlm seni mempertahankan diri. Semedang ajak orang fight dgn dia.

  



Satu hari tu Hairul ada program di Astro. Kebetulan pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari turut berada di lokasi. So Hairul dgn penuh yakin ajak Jufferi beradu tenaga dgn dia. Fuh, satu pertembungan yg epik...hero terpaling vs jaguh silat dunia. Kalian agak sape yg menang?



Bhahaha belum apa2 Hairul dah melayang. Tatau la Hairul nangis atau tidak lepas jatuh terlentang tu



  






Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 19-4-2021 12:43 AM
Hairul Azreen? The Best Never Rest?? Meh i nak cerita.

Hairul ni fefeling terhandal dlm seni m ...

Astaga yg comment-comment kat ig tu pun nampak nau baca forum kihkih bila je kekrul tak dicerca. Tu la poyo lagi, cuba jadi humble rilek-rilek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.221717 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list