CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 0

Mana ada Jennifer Aniston ambil anak angkat

[Copy link]
Post time 15-4-2021 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Mana ada Jennifer Aniston ambil anak angkat


JENNIFER Aniston.

Los Angeles: Desas-desus bintang Hollywood, Jennifer Aniston bakal mengambil anak angkat di sebuah pusat jagaan anak yatim di Mexico adalah tidak benar.

Jurucakap Aniston berkata, khabar angin yang bertiup kencang ketika ini adalah palsu dan sengaja dimanipulasikan.

"Gosip yang mendakwa Aniston bakal mengambil anak angkat adalah salah dan tidak akan terjadi. Cerita itu sengaja diada-adakan," katanya.

Aniston yang pernah berkahwin dengan Brad Pitt dan Justin Theroux tidak pernah memiliki cahaya mata. Gosip itu menjadi bualan hangat di Internet apabila pelakon yang dikenali menerusi sitkom popular, Friends dikatakan bakal mengambil seorang anak angkat di pusat jagaan anak yatim Casa Hogar Sion di Mexico.

Tidak hanya itu, Aniston turut dikatakan bakal mengumumkan berita gembira itu dalam satu majlis 'reunion' bersama rakan-rakan selebriti yang membintangi Friends seperti Courteney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matthew Perry dan Matt LeBlanc.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.289528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list