CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2500|Reply: 5

Bintang antarabangsa tak ketinggalan berpuasa

[Copy link]
Post time 14-4-2021 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Bintang antarabangsa tak ketinggalan berpuasa


DJ Khaled

Tidak hanya di Malaysia, beberapa selebriti Hollywood yang beragama Islam turut menjalani ibadah puasa antaranya penyanyi, DJ Khaled.

Dalam satu temubual bersama media sebelum ini, Khaled mengakui walaupun beragama Islam tapi dia belum cukup kuat untuk melakukan ibadah itu.

"Saya akan jujur, apabila Ramadan tiba saya memang akan berpuasa, tapi selepas beberapa jam saya akan dehidrasi dan harus dirawat di hospital.

"Saya berusaha keras untuk melaksanakan kewajipan itu dan saya akui betapa indahnya bulan Ramadan ini," katanya.


Mahershala Ali

Pelakon dan pemenang Oscar, Mahershala Ali yang memeluk Islam pada 2000 juga menjalani ibadah puasa.

Pelakon yang dikenali ramai menerusi filem Moonlight itu mengakui, ibunya menyambut baik dirinya sudah menganut Islam.

"Ketika saya menghubungi ibu untuk memaklumkan perkara itu, saya bersyukur dia tidak bertindak agresif sebaliknya menghormati keputusan saya. Malah kasih sayang dia terhadap saya masih sama," katanya.


Zayn Malik

Dalam pada itu, walaupun bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik tidak pernah berkongsi pengalamannya menyambut Ramadan, namun Malik pernah memuat naik ucapan pada bulan suci itu.

Menurut ibunya, Tricia Brannan Malik, penyanyi berusia 28 tahun itu sudah khatam al-Quran sebanyak tiga kali.

Tahun ini bakal menjadi Ramadan pertama Malik sebagai bapa selepas dikurniakan anak perempuan bernama Khai hasil perkongsian hidup dengan model Gigi Hadid.


Jermaine Jackson

Bagi bekas anggota kumpulan Jackson 5, Jermaine Jackson yang memeluk Islam pada 1989, dia mengakui betapa pentingnya amalan berpuasa di bulan Ramadan.

"Saya wajib tunaikan kewajipan saya sebagai seorang Islam dan mempercayai Allah. Kami berpuasa dan makan pada waktu berbuka setiap hari sementara orang lain tidak mempunyai keistimewaan itu.

"Ia bukanlah sesuatu yang mudah tapi apabila direnungkan semula, Ramadan mendekatkan diri kita dengan Tuhan," katanya yang memuat naik ucapan Ramadan di Instagram.

Selebriti lain yang tidak meninggalkan amalan berpuasa ialah pemuzik dan pendakwah, Yusuf Islam yang dulunya dikenali sebagai Cat Stevens dan penyanyi rap Lupe Fiasco.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahershala Ali dia bakal jadi Blade baru... Tak sabar tgg blade keluar
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 11:19 AM | Show all posts
puasa lagi ke si zayn tu.. bukan dah mengaku murtad?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 11:47 AM | Show all posts
waaaa baru tau Mahershala tu sebenarnya dah masuk Islam, suka tgk dia berlakon dlm Luke Cage kat Netflix jadi org jahat hihi.. Alhamdulillah semoga istiqomah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 03:48 PM | Show all posts
Alhamdulilllah semoga terus istiqamah.. Bukan senang bagi seorang muslim hidup di kota yang mempunyai budaya sosial yang sangat bebas. Dugaan seorang muslim di sana lebih tinggi berbanding kita di Malaysia nih. Respect pada muslim yang masih mempertahankan kesucian Islam di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
brown_pupil replied at 5-5-2021 11:19 AM
puasa lagi ke si zayn tu.. bukan dah mengaku murtad?

Mmg dh Murtad pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049299 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list