|
Wajah anak kedua Kareena tular
KAREENA dan wajah anak-anaknya. Gambar paling kanan, dipercayai wajah anak keduanya.
BERBEZA dengan kelahiran anak pertama mereka, Taimur Ali Khan, lima tahun lalu, kini pelakon Kareena Kapoor bersama suami, Saif Ali Khan menutup rapat semua informasi mengenai anak kedua mereka.
Sehingga kini, bayi yang lahir pada 21 Februari lalu itu belum diperkenalkan kepada umum.
Biarpun telah kembali aktif dalam sosial media, Kareena masih tidak mendedahkan walau seinci kisah tentang anak keduanya. Dia cuma berkongsi tentang rutin senamannya selepas bersalin.
Bagaimanapun, baru-baru ini, bapa kepada Kareena yang juga pelakon, Randhir Kapoor telah membuat satu hantaran dalam Instagramnya, @dabookapoor memaparkan sekeping foto bayi yang dikatakan anak
kedua Kareena dan Saif.
Foto tersebut menampilkan dua orang bayi iaitu Taimur semasa kecil dan seorang lagi bayi yang dikatakan adiknya. Biarpun foto tersebut telah dipadam daripada Instagram Randhir, tangkap layar wajah cucunya itu telah tersebar secara meluas.
Sumber : https://www.kosmo.com.my
|
|