CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 0

Victoria f(x) bawa diri

[Copy link]
Post time 12-4-2021 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Victoria f(x) bawa diri





SELEPAS 12 tahun, akhirnya penyanyi Victoria Song mengambil keputusan membawa sendiri haluan kariernya apabila disahkan mengundur diri daripada agensi SM Entertainment.

Pengunduran Victoria daripada syarikat gergasi berkenaan disebabkan kontraknya sudah ditamatkan baru-baru ini.

Penyanyi berusia 34 tahun itu sebelum ini dikenali selepas membintangi video klip lagu kumpulan SHINEee berjudul Replay pada 2008.

Dia kemudian memulakan debut dalam dunia nyanyian setahun kemudian bersama kumpulan f(x) di bawah agensi SM Entertainment.

Victoria merupakan anggota terakhir kumpulan itu yang menamatkan kontraknya bersama SM Entertainment selepas Amber dan Luna yang terlebih dahulu melakukannya pada 2018, diikuti Krystal pada 2020.

Penyanyi yang berasal dari China itu bergerak aktif dengan pelbagai jenis aktiviti seni termasuk lakonan di negaranya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list