CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 5

Ayu Ting Ting tolak siaran langsung majlis kahwin

[Copy link]
Post time 17-3-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Ayu Ting Ting tolak siaran langsung majlis kahwin


JAKARTA – Penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting mendedahkan tidak  menerima tawaran mengadakan siaran langsung di hari perkahwinannya, lapor Suara.com, semalam.
Menurut Ayu, dia menganggap majlis perkahwinan adalah satu acara peribadi yang tidak perlu dipertontonkan kepada masyarakat.
“Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri berkenaan hal ini namun bagi saya, mungkin tidak akan terima tawaran membuat siaran langsung di hari perkahwinan.
“Majlis perkahwinan itu sesuatu yang suci bagi saya dan perlu dibuat secara tertutup serta dihadiri mereka yang disayangi sahaja. Tidak perlu dijadikan sebuah persembahan awam,” tegasnya.
Tambahnya, jika mahu dirakam lebih awal dan disiarkan kemudian maka cadangan itu kedengaran lebih praktikal.
Ayu yang pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 2013 sebelum bercerai pada 2014 ditanya soal siaran langsung perkahwinan selepas beberapa kritikan timbul berkenaan majlis melamar selebriti YouTube, Atta Halilintar dan anak Kris Dayanti, Aurel Hermansyah yang disiarkan di saluran televisyen tempatan baru-baru ini. – Agensi

Sumber : Kosmo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak suka lagu Tatitut beliau.. Asikkk sekali.. Met pengantin baru ya neng.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 08:32 PM | Show all posts
ayu ting tong

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:02 PM | Show all posts
Keputusan yang bagus.  Tak ada keperluan pun nak buat secara live.  Lagi pun peminat selalu hanya nak lihat gambar majlis je tak ada live tak ada video pun tak mengapa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:50 PM | Show all posts
Sama kes dengan Hanis 'insya Allah thank you' dengan Uqasha la kan? Dilamar secara live.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050296 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list