Restoran Baung Power dibuka pada setiap hari Ahad hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00petang, kedai ini ditutup pada hari Sabtu. Anda boleh menghubungi pemilik restoran ini, 0197730096 atau 0175996900.
Restoran ini sedia menerima tempahan untuk majlis kenduri-kendara dan sebagainya, tetapi anda perlu membuat tempahan lebih awal jika berhajat.
Habitat Ikan Baung
Ikan Baung merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi di negara kita. Ikan dari keluarga Bagridae ini juga tergolong dalam ikan air tawar yang menjadi hidangan istimewa mengikut resepi untuk masakan.
Ikan baung habitatnya di sungai dan banyak didapati Johor, Perak, Pahang dan banyak sungai-sungai lain yang masih belum tercemar. Ikan ini berukuran diantara 12-15 cm panjang purata berat antara 300gm-5kg, tetapi ada juga dilaporkan ikan baung ini boleh mencapai sehingga 20kg tetapi jarang ditemui.
Khasiat Ikan Baung
1.Ikan baung dapat mencegah penyakit Anoreksia, yaitu penyakit yang menyerang nafsu makan atau tiada selera makan.
2. Sebagai ubat penstabil mood
3.Mempengaruhi kadar hormon pada tubuh terutama hormon perempuan dan hormon laki -laki.
4.Protein yang ada pada ikan Baung dapat digunakan untuk membangun sistem kekebalan tubuh. Tubuh anda akan memiliki resistensi untuk melawan rasa sakit akibat racun, bakteria, mahupun virus yang menyerang tubuh.
5.Protein ikan juga berfungsi menjaga keseimbangan asam dan alkali dalam tubuh, mengatur PH tubuh, namun fungsi utama dari protein ini adalah sebagai zat pembentuk massa otot pada tubuh.
6.Asam lemak omega-3 yang ada pada ikan baung dapat membantu menjaga kulit dan rambut tetap tampak sihat dan halus.
7.Kandungan protein pada haiwan pastinya memiliki lemak, sama ada lemak jahat: LDL atau lemak baik:HDL. Ikan baung ternyata mengandungi lemak baik HDL, amat diperlukan oleh tubuh, walaupun kita makannya dengan jumlah yang banyak.
Sumber :
https://www.orangmuo.my