CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2443|Reply: 18

Lelaki Serba Salah Girlfriend Tinggalkan Duit Dalam Kereta Lepas Dating

[Copy link]
Post time 11-3-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Serba Salah Girlfriend Tinggalkan Duit Dalam Kereta Lepas Dating



Setiap pasangan mesti ada konsep mereka tersendiri semasa keluar dating, sama ada lelaki yang akan membayar semua kos ataupun teman wanita dan lelaki akan sama-sama berkongsikan kos belanja. Lain orang, lain lah pendapat mereka mengenai hal ini.

Bagi sesetengah wanita, mereka sudah terbiasa untuk sama-sama mengeluarkan belanja setiap kali berjumpa walaupun ini mungkin menyebabkan teman lelaki mereka tidak selesa. Sebab itulah ramai yang memilih untuk selitkan duit di dalam kereta teman lelaki seperti yang dilakukan wanita ini.



Menerusi video yang dikongsikan ini, tindakan teman wanitanya yang meninggalkan duit di dalam kereta telah membuatkan lelaki ini rasa serba salah. Sebaik sahaja pulang menghantar teman wanitanya, dia menjumpai beberapa keping wang ringgit RM10 yang ditinggalkan tanpa pengetahuannya. Walaupun dibelenggu perasaan bersalah, dia tetap bersyukur dengan tindakan teman wanitanya itu.

Bukan sahaja lelaki ini malah kebanyakan netizen juga turut sama memuji tindakan yang dilakukan wanita ini. Sikap toleransi yang ditunjukkan wanita ini cukup menunjukkan sikap bertanggungjawab yang sama-sama ingin dipikul wanita itu. Di ruangan komen, rata-ratanya memberitahu lelaki ini beruntung mendapat teman wanita seperti ini.

“Jangan serba salah sebab certain perempuan pun serba salah guna duit lelaki.”


“Yes kalau dia bagi duit minyak, you belanja lah makan. Susah senang sama-sama kan.”


“Gf aku pun macam ni, tak letak dalam dash board letak belakang casing. Letak sekali ucapan pulak tu.”


“Biasalah kot sebab aku pun kadang hulur duit kesian sebab asyik lelaki keluarkan duit hmm.”



Bukan senang nak jumpa pasangan yang ada common sense macam ni kan. Kebanyakan netizen turut mengakui akan melakukan perkara yang sama jika berada di tempat wanita itu. Barulah betul susah senang sama-sama.

SUMBER TIK TOK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu kot selagi belum jadi laki
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber tik tok???...kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:09 PM | Show all posts
Tak perlu rasanya buat macam tu takut salah faham pulak nanti walau mungkin niatnya baik
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercicir ke or mmg dia bg..
Kalau i naik kereta siblings or kawan kdang2 xbawak purse, i selit je mne2. lepas tu lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bbnu ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2021 02:34 PM | Show all posts
BBNU malaya semamgnya begini ya...
akak semasa berkawan dengan husband akak zaman dahulu semua dia yang cover

Jika adik2 semua berkongsi, maka apabila sudah berkahwin juga adik adik perlu kongsi....
maka akan berlaku crisis kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pulak iols selit duit kat bf sebelum jadi suami dulu. Biasanya kongsi je, kalu dia bayar wayang, kita bayar makan atau gitu lah lebih kurang.

Tinggal duit dlm kereta iols buat kat driver je, sementara dia nak tunggu kita gi meeting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 12-3-2021 02:34 PM
BBNU malaya semamgnya begini ya...
akak semasa berkawan dengan husband akak zaman dahulu semua dia ...

Kannn..i zaman bercinta ngan husband dlu xpenah bayar apa2..smpai kalo dia pinjam duit sbb xde duit kecik nak bayar mesin parking pun nnti i mintak ganti balik..kikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ni pun nak beritahu org ke
tp klu aku org dah bagi ambik je lah nak serba salah kenapa pulak
rezeki jangan ditolak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
belum kawin boleh la.acahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 10:30 AM | Show all posts
Nasib baik tinggalkan duit.. kalau tinggalkan kentut je.. hmm.. simpan jela duit tu buat topup2 duit kawin nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm call boy plak. Lps servis dpt payment
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh, tngh couple smua mnis. Nnti dh ptus, pompuan gak yg jdi mngsa kutukan "Pompuan smuanya sma". Fcuk off.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa tulis siap2 berapa yg dia dah bagi. Nanti dah clash, dia tuntut duit tu balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 01:38 AM | Show all posts
ye lah skrg tgh sweet2 bagai lg..kang kalau dah break abis semua buruk keluar..hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai acahnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigolo? Wahahahhahaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:20 AM | Show all posts
jangan lps kawen nnti masing2 berkira pulak ye diknon ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054271 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list