CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 3

[Sarawak] [SARAWAK]Yayasan Sarawak bayar hutang PTPTN pelajar Sarawak

[Copy link]
Post time 5-3-2021 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-3-2021 07:06 AM

KUCHING: Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sarawak hari ini menyerahkan RM30 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai dana permulaan bayaran balik pinjaman bekas pelajar anak Sarawak yang layak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama antara dua agensi itu diharap dapat menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman PTPTN pelajar di negeri ini, justeru mampu meringankan beban hutang.
"Kerjasama kedua-dua pihak ini adalah mengenai isu pembayaran balik hutang anak-anak Sarawak yang telah berjaya dalam pengajian mereka tetapi menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.
"Saya telah mencari ikhtiar bagaimana untuk kita membantu meringankan dari sudut pembayaran hutang dan saya telah membuat keputusan melantik Yayasan Sarawak bekerjasama dengan PTPTN dalam perkara ini," katanya pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak yang diwakili Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan PTPTN yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid di sini.
Di bawah insiatif berkenaan, ia hanya layak bagi pelajar yang telah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTPN mereka dan Yayasan Sarawak akan membayar 30 peratus daripada baki pinjaman tersebut.

"Bagaimanapun bagi yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama, pinjaman mereka akan ditukar kepada biasiswa.
"Bantuan ini daripada kerajaan negeri ini kepada pelajar anak Sarawak akan berpandukan kepada proses Yayasan Sarawak kerana mereka mempunyai pengalaman, iaitu mereka juga turut menyediakan pinjaman kepada pelajar kita," katanya.
Sementara itu Ahmad Dasuki dalam ucapannya berkata, inisiatif kerajaan Sarawak itu merupakan usaha proaktif kerana merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang bertindak sedemikian dengan memperuntukkan amaun cukup besar.
"Sewajarnya inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada Kerajaan Negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN.
"Usaha ini juga dilihat amat sesuai di kala pendapatan dan kewangan rakyat terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara," katanya.
Beliau berkata, bagi Negeri Sarawak, sehingga 31 Disember 2020, pinjaman PTPTN telah disalurkan kepada seramai 195,350 peminjam melibatkan RM4.7 bilion.
Katanya, terdapat juga peminjam PTPTN yang terkecuali daripada membuat bayaran balik kerana memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan ia melibatkan seramai 3,429 peminjam dengan peruntukan berjumlah RM88.7 juta.

kredit:utusansarawak 5/3/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mentang la dah kaya dapat royalti petronas aggittewww..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 01:42 AM | Show all posts
alhamdulillah ...
bukan janji kosong ...

Thread terdahulu...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1232677


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list