“Betul la orang cakap, kadang kita ni jaga jodoh orang. Pernah setable dating ramai-ramai, last-last nikah dengan orang lain.
“Bekas teman lelaki pertama hingga kelima jadi dulang boy je masa hari persandingan bekas teman wanita,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Posting berkenaan dipenuhi ratusan komen warganet dimana rata-rata tidak mempercayai wanita itu bertindak ‘gila’ dengan menjemput semua ‘bekas kekasih’ ke majlis persandingan.
Bagaimanapun jangan salah faham, rupa-rupanya para lelaki yang kononnya bekas kekasih itu adalah abang-abang kandung kepada Zizu. Amboi bergurau pulak dia!
Adik-beradik rupanya!
Sempena meraikan hari bahagia bersama suami tercinta, seorang wanita menjadikan lima orang ‘bekas kekasihnya’ sebagai ‘dulang boys’ pada majlis persandingan baru-baru ini.
Menerusi aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Zizu Aziz itu berkongsi sebuah video memaparkan perjalanan ‘percintaan’ dia dengan kelima-lima lelaki tersebut sebelum bertemu jodoh dengan suaminya.
Tak perlu ‘cover’ aurat kalau berkumpul
Haih nasib baik adik-beradik, ingatkan macam kisah dari negara seberang yang selalu buat sinteron pada majlis perkahwinan mereka. Selamat pengantin baru!
Sumber: TikTok @zizuaziz91