CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 7

Bertuah! Wanita Jumpa Muntah Ikan Paus Bernilai RM1.05 Juta

[Copy link]
Post time 4-3-2021 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Bertuah! Wanita Jumpa Muntah Ikan Paus Bernilai RM1.05 Juta



Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu! Inilah perumpamaan yang mungkin sesuai untuk wanita ini apabila dia secara tidak sengaja telah menjumpai muntah yang luar biasa. Seorang wanita di Thailand ini masih tidak percaya dengan nasib baiknya setelah menemui ketulan muntah ikan paus bernilai hampir RM1.05 juta ketika dia berjalan-jalan di pantai yang berhampiran rumahnya.

Wanita yang bernama Siriporn Niamrin ini menceritakan bahawa kejadian penemuan muntah ikan paus tersebut berlaku selepas hujan ribut. Dia kemudiannya ternampak ketulan tersebut yang dipukul ombak di wilayahh Nakhon Si Thammarat pada 23 Februari lalu. Dia terus memeriksa objek tersebut dan mendapati baunya seperti ikan lalu dibawa pulang ke rumah kerana percaya dia mungkin menemui sesuatu yang amat berharga.

Menurut laporan, Siriporn telah meminta bantuan jiran untuk memeriksa objek tersebut dan menjadi semakin terkejutnya apabila dia dimaklumkan bahawa objek itu adalah ketulan muntah ikan paus atau nama lainnya, ambergris. Tuah yang tidak disangka!

Ambergris yang ditemui itu berukuran lebar 12 inci dan panjang 24 inci dengan berat 6.8 kilogram dianggarkan bernilai RM1.05 juta. Bagi mengesahkan objek itu adalah ambergris, Siriporn dan jirannya membakar objek tersebut menyebabkan sebahagiannya cair sebelum kembali mengeras. Siriporn kini sedang menunggu pakar datang ke rumahnya untuk membuat pengesahan objek tersebut yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi.



Bagaimanapun, Siriporn menjelaskan bahawa dengan penemuan ini dia akan gunakannya untuk membantu komuniti mencari pembelinya. Dia berasa sangat bertuah kerana dapat menemui ketulan ambergris bersaiz besar dan harapkan ia mampu memberi pulangan wang yang bagus kepadanya. Buat masa ini Siriporn menyimpan ketulan itu dirumahnya dan menunggu pihak pakar datang untuk memeriksa ketulan itu.

Sebagai maklumat tambahan, muntah paus ialah sejenis pepejal kekelabuan yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma. Pada awalnya ia akan berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi dan lazim digunakan dalam minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang boleh mengekalkan haruman dihasilkan pada tempoh yang sangat lama.

Sumber: https://www.koolfm.com.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama punnnnnnnn..patut la citer Bikers Kental dulu buat lawak nama siam macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa muntah paus ni nak jual kat sapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kat Msia...depa make muntah antu jer....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 03:06 PM | Show all posts
Belibis replied at 4-3-2021 02:02 PM
Nama punnnnnnnn..patut la citer Bikers Kental dulu buat lawak nama siam macam tu.

belibis sukaporn lancapjap
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambergris ni kenapa dipanggil muntah paus? Kalau omputih panggil whale poop, bermakna tahi paus.. sebenar benarnya, ni muntah ke tahi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 4-3-2021 09:20 PM
Ambergris ni kenapa dipanggil muntah paus? Kalau omputih panggil whale poop, bermakna tahi paus.. se ...

Munthi

Muntah + tahi

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-3-2021 01:30 AM
Munthi

Muntah + tahi

Hehehe..
Muntahi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046847 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list