View: 1417|Reply: 2
|
Sofyank Buat Video Jadi Kakashi, “Animator Jepun Menangis Melihat Ini”
[Copy link]
|
|
Sofyank Buat Video Jadi Kakashi, “Animator Jepun Menangis Melihat Ini”
Seorang anak muda yang cukup berbakat dalam menyunting dan menghasilkan video gempak, Sofyank pernah mencetuskan satu fenomena apabila dijemput ke Hollywood. Sofyank dan rakan-rakan sempat menunjukkan bakat dengan menghasilkan video bersama pelakon Hollywood terkenal, Will Smith.
Bermula dengan video kreatif tersebut, nama Sofyank terus dikenali dan semakin ramai meminati hasil karya darinya. Malahan pelbagai jenama terbesar yang menggunakan perkhidmatannya untuk mempromosikan produk mereka.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini video hasil karya Sofyank telah membuatkan ramai terpegun. Perkongsian Sofyank buat video jadi Kakashi, salah satu karakter dari siri animasi Naruto ini cukup gempak sekali! Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini:
Wow, nampak padu sungguh hasil dari anak muda ini! Luar biasa karya terbaharunya kali ini. Selain itu, Sofyank turut berkongsikan di sebalik tabir penghasilan video karakter Kakashi ini.
Nampak macam mudah sahaja, namun siapa tahu kepayahan yang perlu dilalui Sofyank dan rakan-rakan sebelum dapat hasil yang memang padu ini! Apa-apa pun perkongsian Sofyank buat video jadi Kakashi ini telah membuatkan warganet kagum dan memuji hasilnya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Gilakkk gilakkkk. Wakil Malaysia”
Sumber: https://himpunanceritalawak.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menangis aku tngk tajuk temberang tt ni |
|
|
|
|
|
|
|
heheheh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|