View: 1924|Reply: 4
|
Ini Bahaya Berkongsi Pengetip Kuku Yang Ramai Orang Tak Tahu
[Copy link]
|
|
Ini Bahaya Berkongsi Pengetip Kuku Yang Ramai Orang Tak Tahu
Bila menyebut tentang soal penjagaan ketrampilan diri, antara alatan wajib ada bagi setiap individu tanpa mengira jantina ialah pengetip kuku.
Justeru agak mustahil sekiranya ada orang yang mendakwa bahawa rumahnya langsung tiada pemotong kuku bukan?
Namun begitu, ramai yang memilih untuk berkongsi alatan tersebut bersama individu yang rapat dengannya seperti pasangan suami isteri, adik-beradik, ibu anak mahupun rakan serumah berbanding menganggapnya sebagai barangan peribadi.
Tabiat berkongsi pemotong kuku ini sebenarnya adalah satu tabiat yang bukan sahaja tidak sihat, malah membahayakan .
Ini kerana pengetip kuku adalah sama seperti baju, tuala, sikat, pisau cukur dan alatan peribadi lainnya, yang tidak wajar dikongsi kerana boleh mengakibatkan jangkitan penyakit.
Ok, alatan lain kedengaran logik kerana ia berisiko memindahkan kuman yang berada pada permukaan kulit kita ke kulit orang lain, namun bagaimana pula dengan pengetip kuku? Apakah risikonya?
Berkongsi pengetip kuku menambahkan risiko anda dijangkiti penyakit yang boleh merebak melalui darah seperti Hepatitis C (HCV).
Bagaimanapa pula ianya terjadi?
Secara ringkasnya ia mungkin terjadi sekiranya bahagian kuku atau jari anda terluka sewaktu memotong kuku. Rongga atau bukaan pada kulit walaupun kecil sehingga mampu mengalirkan darah sebenarnya membuka ‘ruang’ untuk anda dijangkiti penyakit tersebut.
Selain itu anda juga berisiko dijangkiti kuman kuku jenis HPV jika berkongsi pengetip kuku. Masakan tidak, pengetip kuku digunakan pada area kotoran yang bersembunyi disebalik jari.
Jadi, saranan kami hentikan berkongsi kuku dengan sesiapa sahaja. Tanamkan didalam diri anda ia adalah alatan peribadi yang tidak sesusi dikongsikan kepada orang lain.
Sumber: SIAKAP KELI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat bermanfaat, terima kasih TT |
|
|
|
|
|
|
|
Tau tak boleh share pengetip kuku dari doktor.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|