CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10363|Reply: 84

YB dah cantik, teringat YAB di Selangor dulu yg kata mkn tempe hari2 jadikan bel

[Copy link]
Post time 14-2-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SATU ketika dahulu ada seorang pemimpin politik di Selangor yang tiba-tiba muncul dengan wajah baharu.

Tiba-tiba sahaja kulit menjadi mulus dan beliau memberitahu rahsia beliau ialah dengan memakan tempe setiap hari.

Ramai yang tidak percaya dan ia jadi bahan jenaka sehingga ke hari ini. Sebabnya ramai yang makan tempe setiap hari, tetapi tidaklah begitu drastik perubahan berlaku pada wajah.

Memanglah tempe mempunyai banyak protein, tapi tidak akan semulus itu. Baru-baru ini saya bertemu seorang rakan seperkayuhan kulitnya juga mulus. Mungkin kerana lama tidak berjemur berkayuh al maklumlah kerana PKP ramai yang berkurung di dalam rumah sahaja.

Pemain golf lagilah ramai yang sudah mulus kulit sebab tidak berjemur. Bayangkan kalau bermain golf terpaksa berjemu empat hingga lima jam di tengah terik mentari, pakailah apa juga krim untuk mengelak selaran mentari, ia tidak akan mampu.
Apatah lagi kalau setiap hari bermain golf dan pukul pula ke kiri dan ke kanan silap-silap lebih lima jam berjemur.

Tiba-tiba seorang YB yang agak lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul sudah menjadi kurus dan ayu. Tidak hairan beliau menjadi mangsa troll di media sosial.

Saya pun cuba periksa kos untuk cantik sedemikian dan apa rawatan yang perlu dibuat.

Kebetulan rakan saya seorang pakar kecantikan dan beliau memberitahu kos sekitar RM50,000.

Antara rawatan yang perlu dibuat termasuk suntikan kolagen, vitamin C dan banyak lagi yang saya tidak berapa faham.
Selain itu perlu melakukan rawatan intravenous yang saya google bermaksud beberapa ubat mesti diberikan melalui suntikan atau infus intravena (IV). Ini bermakna ia dihantar terus ke urat anda menggunakan jarum atau tiub. Sebenarnya, istilah “intravena” bermaksud “ke dalam vena.” Dengan pemberian IV, tiub plastik nipis yang disebut kateter IV dimasukkan ke dalam urat anda.

Saya tidak kata YB dan YAB itu buat rawatan berkenaan, mungkin juga kerana diet yang seimbang dan banyak minum air serta hasil daripada wuduk yang sempurna.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tergelak baca dan tengok gambar yab tempeh tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama xdengar cite bekas mb ni. Sayang, bukan xbijak. Doktor gigi kan. Masuk politik terus busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan dia ni ada bini muda ke....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Suntikan terus ke urat tu tak de kesan negative ka


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling utama ,berwang..kalau tak ,kekal berbadan beruang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2021 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg sorang si laki dukun tu ha
Kulit nak sams dgn pemakan tempe
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 14-2-2021 01:42 AM
Lama xdengar cite bekas mb ni. Sayang, bukan xbijak. Doktor gigi kan. Masuk politik terus busuk.

Dr phd pun ada, msk politik x henti2 buat statement bodoh. Sblm msk politik ok je pemikiran. #simpangrenggam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade duit leh cntik...to xlupa gak petua kak Nita berkat air wuduk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur berkat air wuduk dan tempe kegemaran iols tampak muda remaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap yb2 ppuan yang cantik atas bantuan ni x payahla malu2 nak sorok
Bukan buat benda salah
Sekurang2nya sebarkan benda yang betul
Ni nak cucuk2 pun ramai yang sembunyi malu
Dah macam buat jenayah pula
Padahal duit sendiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 14-2-2021 07:26 AM
Paling utama ,berwang..kalau tak ,kekal berbadan beruang.

Kenapa kak mah tidak?
Dia begitu jua biarpun rajin menabung
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak ros habis duit berjuta tspi tak cantik pung?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 14-2-2021 08:50 AM
Kenapa kak mah tidak?
Dia begitu jua biarpun rajin menabung

Mungkin taste bang jib begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skydiva at 14-2-2021 09:36 AM

My friends yg aesthetic doctor ramai cakap, kalau setakat filler je, susah nk jadik kulit tegang n cantik. Nak kena buat plastic surgery, buat face lift baru betul2 tegang.  Weols speku mak alif syukri, bunda ape ntah tu, maybe buat face-lift sbb ade one time yg die tetibe kuar pakai purdah. Then lps die bukak purdah, muke tegang kemain, pastu claim disebabkan keberkesanan produk die.   kak mah mayb cucuk2 filler or botox je, tp x buat face-lift, sbb tu kulitnye tak tegang betul. Kalau nak betul2 tegang, memang kena tarik kulit baru nampak tak pelik. C'mon la, kalau org2 ni semua tanak ngaku pun xpe, tp takyah overclaim produk2 boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la jadi hensem/cantik
Hensem/cantik mudah dimaafkan
Klu ada buat salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 14-2-2021 08:55 AM
Kak ros habis duit berjuta tspi tak cantik pung?

Kak ros berabes duit pegi enjet bagi badan gebu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 14-2-2021 08:57 AM
Mungkin taste bang jib begitu..

Mungkin juga kan....
Bagus kak mah...taat kt somi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 14-2-2021 01:42 AM
Lama xdengar cite bekas mb ni. Sayang, bukan xbijak. Doktor gigi kan. Masuk politik terus busuk.

kuar penjara dpt kawin amoi cantik
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 14-2-2021 06:23 AM
Suntikan terus ke urat tu tak de kesan negative ka

tak de....

mcm vit c yg suntik iv.....cepat kesan nya....
klu amik yg vit c biasa tu.... jenuh aku telan hari hari....tak dpt kesan yg nyata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.088521 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list