View: 1903|Reply: 14
|
Bagi yg kempunan makan nasi kenduri kahwin time PKP2.0
[Copy link]
|
|
Jual nasi kahwin ketika PKP
NORAFIZA JAAFAR | | 13 Februari 2021
Orang ramai beratur bagi mendapatkan menu nasi kenduri kahwin.
GOMBAK - Ketiadaan majlis kahwin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pastinya membuatkan ada di antara kita merindukan menu nasi kenduri.
Pengusaha Uncle Ali Catering, Rojmi Abd Rahman, 63, mengambil inisiatif berniaga nasi beriani di atas lori di tiga lokasi iaitu Batu Muda, Taman Bolton dan Pinggiran Batu Caves.
Rojmi berkata, idea itu tercetus selepas prosedur operasi standard (SOP) PKP yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan keraian, majlis atau kenduri kahwin diadakan bagi mengekang penularan Covid-19.
Tambahan pula katanya, di peringkat awal PKP, kerajaan tidak membenarkan makan dalam kedai menyebabkannya memilih untuk tutup kedai di Sri Hartamas dan menjaja di tepi jalan.
"Kalau hari biasa jumlah pelanggan yang makan di kedai boleh cecah 200 orang sehari tetapi apabila buat PKP, yang bungkus makan tak sampai 30 orang. Jadi saya rasa lagi elok tutup kedai buat sementara waktu.
"Alhamdulillah, sambutan yang diterima dengan menjaja di luar menggalakkan. Sehari kita berjaya menghabiskan jualan sekurang-kurangnya 100kg beras (1,080 pek)," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beliau bangun seawal jam 2.30 pagi untuk memasak dan selesai sekitar jam 7. 30 pagi sebelum persediaan menjaja bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Beliau yang telah menceburi bidang katering sejak 20 tahun lalu berkata, langkah menjaja itu juga dilakukan bagi menyelamatkan 13 pekerjanya daripada hilang pendapatan.
Ayam masak merah yang menjadi menu wajib kenduri kahwin terdapat di Uncle Ali Catering.
"Walaupun alami kerugian, saya cuba sedaya upaya bantu mereka. Saya tak nak dikata hanya gunakan mereka ketika senang, ketika susah mereka dibuang pula.
"Lagipun selama ini dah merasa senang, bila ALLAH SWT bagi ujian dengan Covid-19 ini, kita kena terimanya dengan tenang," katanya yang membayar pekerjanya antara RM80 hingga RM100 seorang.
Katanya, beliau juga tidak terlalu meletakkan sasaran untung yang tinggi sepanjang meniaga ketika musim PKP.
"Selain bantu pekerja ada pendapatan, saya juga berniaga sambil bersedekah. Jika yang mana beli lima bungkus saya sedekah satu bungkus.
"Ada juga yang tempah untuk 200 pek pun kita ambil. Walaupun tiada majlis kahwin, namun ada pasangan yang nikah di pejabat agama yang buat tempahan untuk dijamu kepada saudara terdekat," katanya.
Set nasi beriani ayam atau daging, dengan dalca serta papadom dijual RM8 sebungkus sementara set kambing RM12.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rindu nasi minyak kenduri kawin dolu dolu |
|
|
|
|
|
|
|
kaka rindu nasi kahwin free |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu diorg pindah dkt area taman bolton
dkt situ pnye mmg snang. xpayah turun kereta pn, drive tru ala mekdi je
kemain sukoo anak sis sbb dia eksaited tgk mcm mekdi katenye
makan ok la. lepas la gian nk makan kenduri
tp kalo pakcik ni bole variasi kan lagi lauk2 msti lg best |
|
|
|
|
|
|
|
dah ramai business mcm ni
memang sedap menu2 kedai yg jual makanan sebijik mcm menu kenduri kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh la pulak, soal jawab dengan polis kang ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
kedai2 mamak dh pandai buat nasi lemak
nasi beriani pun ada
harap kedai mamak semua buat jugak nasi kenduri
sure laku keras |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhhh nampak sedapnya ayam masak merah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lepas masak ayam merah ni. Yeah, rindu nk g kenduri kawen. Suka suasana masa kenduri. |
|
|
|
|
|
|
|
memori lauk kenduri
hadooooooooooooooooooooooooooooooooi |
|
|
|
|
|
|
|
ni la org melayu
suka sapot bisnes mamak
bisnes bangsa sndiri tak sapot
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
masak la sndiri
tak pandai masak ke?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
ini ali catering yg popular dikalangan wedding bangsa india muslim di kl tu ke? kalau betul yg ni,memang sedap beriani dia.nasi dia wangiiiii.pastu air teh tarik dia perghhhhh memang kaw.pastu tak berkira dengan customer which is the pengantin punya family.tak mahal sangat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|