View: 3264|Reply: 6
|
Leceh Nak Asing Kuning Telur? Gosok Je Bawang Putih Macam Ni!
[Copy link]
|
|
Antara benda paling menyakitkan hati ketika memasak adalah mengasingkan kuning telur. Nasib baiklah sekarang ni dah banyak alat masakan yang boleh memudahkan kerja tersebut.
Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok, @callumgray0 berkongsi satu lagi trik untuk megasingkan kuning telur.
Kredit foto: TikTok
Yang ini lagi mudah. Kalau tiada pengasing telur kuning tu, bolehlah guna teknik ini. Apa yang diperlukan hanya seulas bawang putih yang dikupas.
Dalam video yang telah ditonton lebih 8.3 juta kali pada aplikasi tersebut, Callum menunjukkan cara-caranya.
Dengan hayang menggosok jarinya pada seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya dia kemudian mencubit sedikit pada kuning telur. Setelah itu, dia dengan mudah memindahkan kuning telur ke dalam cawan. Mudah sangat.
Tapi, betul ke cara ni menjadi? Haaa kena cuba ni!
Sumber: Era.je |
|
|
|
|
|
|
|
Time tengah goreng bawang putih dalam kuali, kat penyudip besi dan kuali mesti rasa melekat lekit cam gam. |
|
|
|
|
|
|
|
great...berbaloi2 info ni |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu, acik slalu dah pecah kuningnya waktu pecahkan telur....ganaih sgt kot acikmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Nak try lah esok. Curious pulak rasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|