SEJAK 10 tahun lalu, PropertyGuru berjaya membantu jutaan rakyat Malaysia mencari dan memiliki rumah idaman, meletakkannya sebagai laman web hartanah nombor satu negara.
Pada November 2020, PropertyGuru mengambil alih syarikat data hartanah dalam talian terbesar di Malaysia,
MyPropertyData, seterusnya melebarkan sayapnya dengan set data dan pandangan hartanah paling komprehensif bagi membantu pembeli rumah membuat keputusan tepat.
Sejak Oktober tahun lalu, PropertyGuru mendominasi pasaran apabila diiktiraf sebagai laman web hartanah dengan trafik paling tinggi mencecah lebih lapan juta kunjungan setiap bulan oleh platform utama analitik web dunia Comscore, Google Analytics dan Alexa.
PropertyGuru kini memegang 47 peratus pegangan pasaran laman web hartanah Malaysia menurut SimilarWeb.
Syarikat itu juga dipilih pembeli rumah di Malaysia sebagai "Jenama Terunggul di Carian Hartanah Dalam Talian", dan diiktiraf oleh Influential Brands sebagai "Jenama Hartanah Dalam Talian Paling Berpengaruh" di Asia serta diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai "Laman Hartanah Terbesar".
Bagi menghargai sokongan rakyat Malaysia sehingga menjadikannya laman web hartanah nombor satu negara, PropertyGuru ingin menghadiahkan sebuah rumah dua bilik berstatus pegangan bebas yang lengkap berperabot bernilai RM600,000 di Tropicana Metropark, Subang Jaya kepada seorang pencari rumah pertama.
Kemudian, muat naik gambar itu di akaun Facebook atau Instagram anda dengan jawapan kepada soalan ini, "Kenapa calon anda layak menerima hadiah rumah percuma", tidak melebihi 300 patah perkataan.
Kemudian, anda perlu tag Facebook
PropertyGuru.com.my atau Instagram
PropertyGuru Malaysia bersama hashtag #PropertyGuruIsNumber1 #PropertyGuruHomeGiveaway dan pastikan akaun anda disetkan pada tetapan umum.
Maklumkan penyertaan anda di akaun Facebook atau Instagram PropertyGuru dengan menulis komen "Saya mencalonkan " dan sertakan sekali pautan hantaran pencalonan anda.
PropertyGuru akan memilih 10 penyertaan yang dinilai berdasarkan kualiti gambar dan keterangan gambar paling menarik untuk ke peringkat akhir pada April depan.
Muat naik gambar anda sebelum 31 Mac 2021 untuk merebut ganjaran hebat ditawarkan #PropertyGuru sempena #PropertyGuruHomeGiveaway.