View: 3816|Reply: 18
|
Tular Barang RM2.00 jangan salah guna
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 1-2-2021 09:55 AM
Tular Barang 2.00 jangan salah guna
Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony... ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung...
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Semoga bermanfaat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mind to share
Demi kebaikan bersama
Bekas ni x sesuai ye utk isi barang makanan direct ke dlm bekas
Kalau makanan yg "bersarung" cth mcm coklat ke gula2 ke minuman 3in1 ke mungkin boleh
Sbb label nombornya nombor 6
Sy pon baru perasan, dh balik rumah baru teringat nk check
Sempat la jgk beli 4 bekas sbb lawa 😂
#SharingIsCaring
Brg2 eco ni terutamanya plasticware dia pd sy ok je, setiap jenis plasticware tu mesti pihak eco dh tentukan ianya sesuai utk kegunaan ape, cuma kita sebagai pengguna adakalanya tersalah guna utk benda yg x sepatutnya.
Ilmu ni perlu dikongsi supaya lagi ramai yg amik maklum pasal label nombor pd setiap barangan plastik yg dibeli..tak kiralah dibeli dimana pun, sila semak nombor labelnya terlebih dahulu ye sahabat2 BADEHI agar setiap belian dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Mohon maaf kalau ada yg tersalah paham dgn maksud sy, xde niat pon nak ckp brg eco ni low quality sbb hrganya yg murah..sy sendiri peminat kedai saka ni..cuma bila membeli sy akan spend sedikit masa utk teliti setiap brg yg sy nk beli terutamanya barangan plastik.. Tak salahkan berkongsi ilmu utk kebaikan bersama 🤗😘
Once again, sharing is caring 💗 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu yg bermanfaat..tapi klau melantak x ingat dunia wlaupun semua bekas kat dapur pkai brand tupperware pun x guna gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak akan beli barang2 plastik, cawan, pinggang eco ni sbb tau tak sesuai utk letak & guna utk makanan . Tapi taklah aku pandang serong org yang beli & guna, kemampuan & keperluan org tak sama kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Eco neh iols.suka alatulis nya
Cute2 je pensilnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
asal murah semua jalan tp xtaw selamat ke x guna kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kalau nak cari bekas di kedai RM2.10 kena periksa dulu sama ada sesuai atau tak jangan maik beli je sebab cantik. Kalau tak tahu macam macam beli je yang dibuat dari kaca. Banyak je mereka juga bekas yang diperbuat dari kaca jadi tak perlu risau pasal isu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aq jarang beli bekas2 ni aq biasanya beli makanan je,mak aq suka la kumpul bekas plastik cantik2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai makan Bnyk yg pakai pinggan mangkuk eko nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 1-2-2021 09:56 AM
Mind to share
Demi kebaikan bersama
Bekas ni x sesuai ye utk isi barang makanan direct ke dlm beka ...
Badehi tu apa sis? |
|
|
|
|
|
|
|
ikea punya pun best2... tp harga xdpt la 2 hinggit
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik eco tempat i barang2 dia xbest. |
|
|
|
|
|
|
|
makcik2 bawang je suka barangan eco
|
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 5-2-2021 10:01 AM
makcik2 bawang je suka barangan eco
Tp betul i tgk kt fb org update bli brg2 eco yg elok2, xde kt tempat i.. |
|
|
|
|
|
|
|
Babis nya taip pnjang2 lps tu hilang.
I rasa ramai pemenat eco xkisah pon hal ni sbb i assume majority pembeli setia eco ni dri golongan yg xberapa tggi pelajaran & kurang membaca. Kalau tgk dkt grup eco, smpai berbijik2 brg plastik diaorang borong. Life span brg2 ni pulak arnd 1y, then buang. Dah la plastik2 ni susah nk lupus, hujung2 masuk dlm lautan , jd makanan ikan dlm bentuk micronano, then kita mkn ikan tu end up jd cancer |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 1-2-2021 10:23 AM
Aku tak akan beli barang2 plastik, cawan, pinggang eco ni sbb tau tak sesuai utk letak & guna utk ma ...
I tgk byk yg xberduit tp membazir. Kdg2 tu boleh diy guna kotak jah. Tgk grup deco eco dlu, membazir benda entah apa2. Plg i ingat deco paling buruk, letak mcm rumpai2 tu dpn pintu blik air |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bam, ikea OFTAST plate pinggan makan RM2.50, lebih sikit la tapi kaca bukan plastik. ada je barang ikea yang mampu milik, tapi kena rajin cari. berus jamban theyol pun RM5, berus pinggan RM1.50. FARGRIK cawan kopi RM2.90.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka alat tulis eco.. dok bertapa area tu mmg lama skit
Norwex clon pon bli ctu gak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah manufacturer dari China, boleh percaya ke nombor kat bawah tu? Boleh je semua barang tu dia taruk nombor 1 kalau dia nak kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|