CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 0

Fadhil Popular Kerana TikTok

[Copy link]
Post time 29-1-2021 11:36 AM | Show all posts |Read mode

VIDEO Mohammad Fadhil yang mendapat perhatian di TikTok


Harian Metro

Redzuan Muharam
[email protected]

Kuala Lumpur: "Saya rakam dan muat naik video itu untuk suka-suka saja bagi memenuhi permintaan rakan tetapi tak sangka pula, ia mendapat perhatian warganet hingga tular di laman sosial," kata juruteknik penyelenggaraan, Mohammad Fadhil Md Yaziz.

Mohammad Fadhil, 23, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video parodi dimuat naiknya di TikTok yang tular kerana kebolehannya meniru suara beberapa selebriti lelaki tempatan popular .

Antara selebriti itu termasuklah Haqiem Rusli, Aiman Tino, Naim Daniel, Jamal Abdillah, Saleem, Tomok, Azlan & The Typwriter, Aepul Roza , Yabang Khalifah dan Tuju K-Clique.

Malah, video nyanyiannya meniru suara Haqiem Rusli meraih hampir 416 ,000 tontonan sehingga kini.

Menceritakan latar belakangnya, Mohammad Fadhil yang menetap di Taman Scientex, Pasir Gudang mengakui gemar menyanyi sejak kecil lagi dan pernah memasuki pertandingan nasyid ketika di bangku sekolah.

"Cuma, ada satu ketika, saya keluar bersama rakan dan menyanyi dengan meniru suara Haqiem Rusli dan mereka (rakan) mengatakan suara saya persis dengan penyanyi itu.

"Mereka kemudian mencadangkan saya memuat naik video nyanyian di TikTok dan daripada situ permulaan saya aktif di platform itu.

"Terkejut juga apabila video nyanyian saya itu tular dan ramai yang sukakannya kerana saya sebenarnya baru membuka akaun TikTok pada Disember lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, selain warganet,video itu juga menerima maklum balas positif daripada penyanyi asal seperti Haqiem Rusly dan Tuju K-Clique.

Namun, Mohammad Fadhil tidak menafikan ada menerima kecaman tetapi enggan mengambil peduli kerana lebih ramai yang memberi sokongan

"Keluarga tidak tahu sehingga video itu tular dan ibu yang pertama menontonnya. Mereka beri sokongan saja kerana tahu saya memang gemar menyanyi daripada dulu lagi.

"Melihat sambutan diterima,saya merancang memperbanyakkan lagi video di TikTok tetapi bukan dalam bentuk parodi saja tetapi berkaitan nyanyian saya.

"Jujurnya, saya memang menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi cuma belum ada peluang dan rezeki lagi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.301407 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list