|
Kes berkaotan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1232419
Siasat CCTV tiada fungsi merakam di lokap Balai Polis Pusat Miri: Ling
MIRI: Polis diminta menyiasat mengenai kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak mempunyai fungsi merakam di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri susulan kejadian rogol seorang gadis bawah umur pada 9 Januari lalu sehingga mengejutkan negara dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling yang merupakan peguam mewakili mangsa terbabit menggesa agar Ketua Balai Polis Pusat Miri serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) atau bahkan pegawai bertugas di Unit Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mesti disiasat bagi mengetahui kebenarannya.
“Orang ramai meragui apa tujuan memasang CCTV yang tidak berfungsi di lokap, adakah hanya sekadar hiasan atau diubah menjadi seperti itu bagi menutup atau menyembunyikan aktiviti atau pergerakan tahanan di lokap dan anggota polis yang mengurus lokap tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Alan berkata, masalah ini menyebabkan berlakunya kejadian malang tersebut sehingga salah satu bukti yang paling dipercayai iaitu rakaman CCTV tidak dapat diperolehi untuk membantu siasatan.
“Saya menyeru pasukan forensik untuk memeriksa rekod servis dan penyelenggaraan CCTV dan peralatannya kerana semua kemungkinan tidak boleh terlepas pandang termasuk kemungkinan pemalsuan rakaman, kerana pakar forensik bertindak tidak berat sebelah untuk mengaudit peranti tersebut dan dapat mendedahkan kebenaran sebenar,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Alan berkata bukan hanya pengawai yang terlibat harus dikenakan tindakan disiplin tetapi juga perlu disiasat secara menyeluruh oleh pasukan petugas khas dari Bukit Aman atas kegagalan mereka menjaga CCTV dengan betul.
“Saya dengan rendah hati ingin memberitahu kepada pihak polis bahawa bahagian yang berkaitan untuk memulakan penyiasatan jenayah adalah di bawah Seksyen 166 Kanun Keseksaan yang mengatakan bahawa siapa pun, sebagai pegawai awam, dengan sengaja tidak mematuhi arahan undang-undang mengenai cara dia berada untuk memperlakukan dirinya sebagai pegawai awam, yang bermaksud menye-babkan, atau mengetahui kemungkinan bahawa dia, dengan ketidaktaatan tersebut, akan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang, akan dihukum penjara selama tempoh yang boleh berlanjutan hingga satu tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” jelas beliau.
Alan menjelaskan, kesalahan itu bukan kerana tidak sengaja atau cuai tetapi ia merupakan kesalahan yang disengajakan terhadap mana-mana arahan undang-undang atau peraturan seperti peraturan lokap dari pihak berwajib yang perlu dipatuhi oleh pegawai awam.
Beliau berharap agar cadangan yang dikemukakan dapat dipertimbangkan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan mereka.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|