CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 904|Reply: 0

[SARAWAK] Kubur lebih 100 tahun

[Copy link]
Post time 20-1-2021 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Kubur lebih 100 tahun dipindah
Kerja-kerja menggali semula kubur yang didakwa berusia lebih 100 tahun.



LIMBANG: Sebuah kubur lama dipercayai berusia lebih 100 tahun ditemui di kawasan jalan baharu Ipai-Pendam pada Isnin.

Kontraktor  projek pembinaan jalan baharu Ipai ke Pendam menjumpai batu nisan yang  tiada sebarang tulisan itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Kampung  Lubok Segantang Latip Majit.

Ketua Polis Daerah Limbang  Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Latip memaklumkan  kubur tersebut berusia lebih 100 tahun.

“Ketua kampung meminta Jabatan Agama Islam (JAIS) untuk memindahkan kubur tersebut ke tanah perkuburan berhampiran.

“Operasi  memindahkan kubur tersebut dilakukan pada pukul 9:00 pagi hingga 1:00  tengah hari ke Tanah Perkuburan Islam, Lubok Sigantang bersama polis,  JAIS, Kementerian Kesihatan, penduduk kampung dan syarikat pembinaan  terbabit mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya  dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal memberitahu ketika digali semula, tiada sebarang rangka manusia atau keranda ditemui.

“Ketua  Kampung berpuas hati dengan usaha yang dijalankan dan bersetuju  penggalian dihentikan dan hanya memindahkan batu nisan ke tempat  baharu,” katanya.

oleh Mastura Ismail

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073488 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list