CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 0

[SARAWAK] Kelucahan melampau, ustaz mengaku tak bersalah

[Copy link]
Post time 19-1-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang guru agama mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pelajar lelaki di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Marutin Pagan membenarkan tertuduh berusia 31 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 beserta seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan, selain menetapkan 19 Februari depan sebagai pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan pertama, penjawat awam itu didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar berusia 19 tahun dengan menyentuh punggung mangsa menggunakan kemaluannya dalam satu kejadian pada Ogos 2020, jam 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Panglima Seman Ulu, Petra Jaya, dekat sini.

Bagi pertuduhan seterusnya, dia didakwa menyentuh kemaluan pelajar berusia 18 tahun pada Oktober 2020, jam 8 pagi, di sebuah rumah terletak di kampung yang sama.

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan antara pelajar yang belajar mengaji Al-Quran dengan tertuduh.

Bagi kedua-dua tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya diberikan ikat jamin kerana tertuduh bukan orang yang berisiko untuk melarikan diri.

Abdul Rahman juga menegaskan bahawa anak guamnya tidak bertemu dengan pengadu atau mangsa kes ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi.
Hafizah Abdul Hamid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.283430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list