View: 3941|Reply: 25
|
[SARAWAK] Gadis dakwa dirogol suspek dalam lokap
[Copy link]
|
|
Alan menemani bapa mangsa membuat laporan polis berhubung dakwaan rogol dalam lokap polis.
MIRI: Seorang gadis bawah umur mendakwa menjadi mangsa rogol seorang suspek lelaki ketika ditahan di lokap balai polis di sini pada 9 Januari lalu.
Gadis berusia 16 tahun itu pada mulanya ditangkap polis setelah disyaki terlibat dengan aktiviti judi haram dalam talian.
Mangsa ditemani bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang pada Sabtu dengan turut ditemani Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling dan Pembantu Khasnya Lawrence Low yang menjadi peguam mewakili mangsa terbabit.
Alan dalam kenyataannya berkata beliau mahu siasatan segera dan telus dibuat mengenai insiden ini sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.
“Kegagalan untuk mematuhi peraturan lokap dan prosedur operasi standard (SOP) atau dipintas seperti dalam kes ini, telah membenarkan penyalahgunaan dalam tahanan sehingga melakukan jenayah di kalangan tahanan di bangunan polis.
“Laporan polis dibuat bukan untuk memperlihatkan kejadian buruk yang tidak dapat diterima di dalam bangunan polis tetapi untuk membolehkan siasatan dijalankan,” ujarnya.
Alan berkata beliau dan Lawrence akan mengikuti perkembangan siasatan terhadap kes ini dan mereka juga sedang dalam proses untuk mendaftarkan saman sivil ke Mahkamah Tinggi Miri bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi yang timbul akibat kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Alan berkata sudah tiba masanya bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador untuk mengkaji semula SOP lokap dan melakukan pembaharuan lokap seperti yang diminta oleh masyarakat dan kumpulan hak asasi manusia.
Katanya polis harus memastikan keselamatan yang ketat terutama antara tahanan lelaki dan wanita bagi memastikan perlindungan sepenuhnya diberi semasa dalam tahanan untuk siasatan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi berkata pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan terbabit.
Mohd Aliff Idzwan Abdullah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol dalam lokap
KUCHING - Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan tersebut ketika bertugas.
"Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku telah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.
Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau hari ini mendedahkan bahawa satu laporan telah dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di balai tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
antara komen yang menarik perhatian FC
kalo betul...
makna nya pesalah tengah tunggu berapa hukuman d kena kan keatas kes rogol...
sekarang ni menunggu kes kecuaian? kelalaian? pihak Polis situ
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Remaja dirogol tahanan ketika dilokap, dua polis digantung tugas
Seorang perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan bawah umur ketika ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada minggu lalu.
Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.
Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.
Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.
Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.
Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dirogol, serta jika ada unsur "persubahatan dan penglibatan" pihak polis.
Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.
“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.
“Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, "katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law - kedua-duanya merupakan peguam - mempertimbang untuk memfailkan saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku.
MalaysiaKini
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya 12hb tu so OKT bkn didakwa atas kesalahan me rogol sbb dia rogol bdk tu 9hb kan, mana laporan polis, laporan kimia semua tu, xkan cepat beno siap
Ni cam ada kesilapan aje charges tu
Btw hebat betul OKT boleh dptkan kunci lokap mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
FC kena tau polis ni bukan amanah sangat dan patut disaman, dikenakan tindakan tata tertib, diberi pengajaran apabila sesuatu kes dirujuk pada dia bertukar celaka. Itu memang salah dia sebab gagal handle dan selesaikan kes dengan baik
By hook or by crook kena pastikan balai terima pengajaran. Bukan semilan naga je boleh bagi pengajaran
Pendek kata datang kampung orang jangan berangan jadi samseng
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima la balasan atas perbuatan sendiri PDRM, satu per satu kes tatatertib anggota londeh
Aku pun belum kenyang hirup dari piala. Tak kiralah berapa orang polis dah kena tukar |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah betul juga tu ...
pikir yang kena tuduh ngaku salah sebab tu kes cepat dan tengah tunggu perbicaraan dan apa hukuman ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FC hormat sangat dengan anggota beruniform ni kak ... yer la pegang amanah menjaga kita2 ni kan ...
tapi bila berlaku seperti ini... payah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berikrar akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menahan seorang remaja bawah umur di dalam lokap dan kemudian dirogol tahanan lain.
“Saya mahu semua yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau akan berunding dengan peguam negara berhubung perkara itu.
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan dirogol tahanan lain ketika ditahan dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail dilaporkan berkata, dua anggota yang bertugas ketika itu sudah digantung tugas dan siasatan secara terperinci akan dijalankan.
Semalam, Senator Alan Ling Sie Kiong dari Sarawak, yang menemani remaja itu dan bapanya membuat laporan polis, berkata siasatan telus perlu dijalankan, malah sehingga tahap suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan.
“Kegagalan mematuhi peraturan lokap, atau mengabaikan mereka dalam kes ini, membenarkan penderaan dalam menangani individu yang ditahan.”
Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menggesa tindakan segera diambil kerana polis sepatutnya tahu kanak-kanak tidak boleh ditahan dalam lokap polis.
NGO yang dikenali sebagai Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan berkata, polis melanggar Akta Kanak-kanak 2001 yang mewajibkan sekurang-kurangnya seorang pegawai polis wanita ditugaskan untuk menjaga juvana perempuan yang ditahan dalam lokap.
FMT
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 07:58 AM
FC hormat sangat dengan anggota beruniform ni kak ... yer la pegang amanah menjaga kita2 ni kan ... ...
Sama..sebelum pengalaman berurusan akak ingat boleh rely dgn diorg rupanya grooming type |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman sendiri pun ada kak ...
tapi tu la ...
anggap ... dalam setandang pisang ... tak semua nya ok...
harap kes ni tak senyap gtu jer
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 08:32 AM
pengalaman sendiri pun ada kak ...
Oh..aminn mudah2an kalau tidak korup sistem kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 07:56 AM
ha`ah betul juga tu ...
pikir yang kena tuduh ngaku salah sebab tu kes cepat dan tengah tunggu p ...
klu ikut procedure yg biasa lah kan
laporan polis dibuat br polis ambil tindakan dgn menangkap atau panggil OKT dtg Balai bg keterangan
then polis buat laporan htr pada pendakwaraya utk tentukan samada ada kes utk didakwa or otherwise
Ada kes br pendakwaraya akan buat charge sheet atau kertas pertuduhan
bawa ke court utk remand
hbs remand br ada sebutan di Mahkamah, pertuduhan dibaca dan pengakuan (klu mengaku bersalah) direkodkan
Klu mengaku bersalah akan beri tarikh lain utk baca fakta kes etc
then only br jatuh hukum
Ni br rogol terus kena dakwa dan jatuh hukum mmg x tercapai dek akal
dah tanya dgn kwn yg lawyer sarwakian mostly kata sama jer procedures dgn semenanjung
xperlah FC kita tunggu ajelah peekembangan terkini klu ada ttg kes ni
X memsl bdk 16 tahun dlm lokap kena rogol boleh trauma jdnya
Klu ada kes berlaku kematian dlm lokap sure akan buat inquest tp ni rogol mmg mendptlah polis yg bertugas tu sbb berlaku kecuaian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul kata FC dlm setan dan pisang x semua msk cantik ranum pasti ada jer yg busuk
pengalaman kaka pun rs nk sepak sepak diaorg, igt kita ni jns perempuan murah ke, aishhhh rs nak carut plk bila igt pengalaman pahit tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada nyembang dengan kazen loyer pasal ni...
huhu tu la ... dier gelak kan FC
kata nya senang la kalo secepat tu setel
yang jadi misteri sekarang ...
camne la OKT tu ada kunci lokap budak pompuan tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa tak sakit ati kan ...
patut dier rang yang lindungi kita ...
kes dulu... ajar adik bawak moto... sblom kuar simpang dah tengok dulu... ok takde moto takde keta ...
relax lah keluar ...
tau2 masa balik..
ada 4 orang menunggu ... dengan satu moto rxz yang ada tercalar skit ...
budak 16 tahun ngadu kata nya dia terjatuh moto sebab mengelak kita yang kuar simpang tak berenti...
ternganga lah juga ... sebab kompom takde sapa masa tu ..
mak kata pergi balai buat report ... biar Polis setel
huhu tau2 Polis tarik tepi... kata nya tak perlu buat laporan ... setel tepi... bayar jer la kata nya...
memang geram la...
tapi... walaupun dah ada pengalaman camtu... tetap juga hormati ...
|
|
|
|
|
|
|
|
yup FC bab kunci tu mmg misteri mcm mana OKT yg ada dlm sel lokap leh dpt
xkanlah polis tu dok gantung kunci tu kt lokap OKT
dan satu lg xde detainee lain ke dlm lokap tu
agak muyskil jugalah
sbb tu kaka kata kecuaian tu mmg ada
cuma nk tgk mcm mana polis akan handle benda ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|