SoyaCincau
Hanf Azrai
Pengimbas cap jari generasi baru Qualcomm ini boleh digunakan di bawah paparan fleksibel seperti di telefon Galaxy Fold 2. Itu adalah penambahbaikkan Qualcomm 3D Sonic Sensor Generasi 2 berbanding Generasi 1 yang diumumkan Qualcomm.
Selain itu, ia miliki luas permukaan pengecasanan 77% lebih luas berbanding sebelumnya untuk berikan keupayaan memungut data biometrik 1.7 kali lebih banyak. Tidak sekadar lebih luas, ia juga 50% leb3ih pantas yang menjanjikan proses mengakses telefon lebih pantas.
Pengimbas cap jari Galaxy Fold 2 disekalikan dengan butang kuasa
Qualcomm tidak menyatakan telefon manakah yang akan gunakan 3D Sonic Sensor Gen. 2 ini tapi mereka katakan yang telefon tersebut akan tiba awal 2021. Xiaomi Mi 11 tentu sekali bukan salah satunya kerana walaupun dikhabarkan telefon ini ada pengimbas cap jari yang juga berintdak sebagai pengimbas nadi, komponen yang diguna pakai adalah yang dihasilkan Goodix.
|