CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 0

Penduduk Tempatan Bantu Lonjak Industri Pelancongan Sarawak - FMT

[Copy link]
Post time 30-12-2020 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Mendung Escape rumah ladang yang terletak 700m di atas gunung di Kampung Segong.


KUCHING: Sektor pelancongan di Sarawak mengalami tamparan disebabkan penurunan pelancong yang ketara akibat pandemik COVID-19, tetapi orang tempatan mungkin menjadi penyelamat apabila ramai yang merancang sekadar bercuti dalam negeri.

Ariff Arbi, 29, pemilik Mendung Escape dan pengendali Airbnb di Kampung Segong, Bau adalah antara mereka yang terjejas apabila wabak melanda, tetapi beliau mengakui berjaya menjana lebih pendapatan sejak Jun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Katanya, beliau tiada punca pendapatan apabila seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac, tetapi tempahan bilik mula melonjak selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan dan lebih banyak sekatan dilonggarkan pada Jun.

“Dengan semua SOP tersedia, perniagaan saya cepat melonjak dan saya dapat memggandakan hasil pendapatan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dari Jun hingga Disember,” katanya kepada FMT.


Ariff Arbi.


“Saya percaya peningkatan pelanggan adalah disebabkan penutupan sempadan dan penduduk tempatan berasa tidak selamat untuk melancong ke negeri lain atau luar negara.”

Sehubungan itu, ramai yang memilih bercuti di Mendung Escape, iaitu rumah ladang yang terletak 700m di atas gunung di Kampung Segong.

Kediaman dikelilingi hutan dara itu menjadi tempat percutian yang sesuai bagi mereka yang mahu berehat dan melarikan diri daripada suasana kelam-kabut bandar.

Tambahnya, Mendung Escape mempunyai dua bilik yang boleh menampung 15 pelanggan, dan penginap perlu mendaki selama 30 minit untuk mencapai rumah ladang itu.

Ariff mengakui berjaya mengekalkan perniagaannya meskipun beberapa negeri dan kawasan tertakluk di bawah PKP diperketatkan (PKPD) atau PKP bersyarat (PKPB).


Mendung Escape dikelilingi hutan dara dan menjadi tempat percutian yang sesuai bagi mereka yang mahu berehat dan melarikan diri daripada suasana kelam-kabut bandar.


“Ini adalah kerana saya tidak lagi bergantung kepada pelancong dari negeri lain atau negara asing. Pelanggan tempatan saya sendiri giat mempromosikan dan memperkenalkan tempat saya secara proaktif kepada rakan mereka selain menerusi media sosial.”

Beliau percaya industri pelancongan akan mengambil masa setahun hingga dua tahun untuk pulih sepenuhnya, dan menyuarakan harapan supaya kerajaan negeri melakukan lebih lagi untuk mempromosikan ekopelancongan tempatan.

Sementara itu, seorang lagi pengendali inap desa, Saloma Lisa mengalami kerugian secara berterusan kerana penginapan ditawarkannya di Kampung Sadir, Jalan Puncak kebanyakkannya memenuhi keperluan pelancong asing, terutamanya dari negara Eropah.

“Perniagaan saya kebanyakannya memenuhi keperluan pelancong asing. Saya hilang sekitar 90% perniagaan kerana kebanyakan pelawat tempatan hanya menghabiskan lawatan sehari di sini,” katanya.


Suasana mandian tenang dikelilingi kehijauan. (Mendung Escape pic)


“Pelawat dari negeri lain juga tidak sanggup datang kerana mereka perlu menjalani kuarantin mandatori apabila mereka memasuki negeri ini.”

“Jadi, saya berharap kerajaan boleh memperkenalkan penyelesaian bagi kami, termasuk membenarkan pelancong dan pelawat dari negara zon hijau,” katanya.

Pengendali Airbnb lain turut mengeluh unit penginapannya sekadar dibiarkan kosong sejak PKP.

“Sebelum ini, kebanyakan pelanggan saya adalah pelancong bajet dari negara Eropah dan mereka hanya memerlukan tempat yang penginapan ringkas untuk tempoh dua hingga tiga minggu. Mereka tidak memerlukan kemudahan lain lain seperti kolam renang atau gim, asalkan penginapan tidak mahal saja.”

“Penginapan yang saya sediakan memang memenuhi keperluan pelancong seperti itu, namun bukan bagi penduduk tempatan yang mencari penginapan atau cuma mahu meluangkan masa hujung minggu. Akibatnya, ia dibiarkan kosong selama beberapa bulan dan saya masih terpaksa membayar pinjaman,” kata pemilik itu, yang tidak mahu dinamakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 1.063123 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list