|
"Setiap kali musim tengkujuh tiba, kenangan pahit terperangkap di atas bukit akibat banjir 2014 pasti muncul kembali, malah masih segar diingatan bagaimana kami bertarung nyawa demi meneruskan hidup ketika itu," kata T Mogandass , 36.
Mogandass salah seorang daripada 85 penduduk di Kampung Pasir Kelang Lama yang berlindung di atas bukit berdekatan kuil Mariamar, selepas rumahnya dinaiki air hampir 12 meter sehingga menenggelamkan keseluruhan kediamanya.
Katanya, pada 25 Disember 2014, seawal jam 5.30 pagi, dia membawa isteri yang sedang mengandung dua bulan dan ibunya ke bukit berkenaan apabila banjir mula menghampiri kawasan rumahnya.
Mogandass berkata, mereka bagaikan berada di pulau, hanya dikelilingi air dengan rumah masing-masing tenggelam selain terputus hubungan dengan dunia luar dan menjadikan ternakan seperti kambing serta ayam yang dapat diselamatkan sebagai makanan harian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|