Datuk Saarani Mohamad yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 memulakan tugasnya secara rasmi pada 11 Disember.
Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 9 pagi.
Saarani dijangka mengadakan sidang media pertamanya di Dewan Bankuet dalam masa terdekat sebaik selesai sesi taklimat ringkas di Pejabat Menteri Besar.