Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi hantaran di Instagram meluahkan hasrat melihat kesemua anaknya menjadi doktor sepertinya.
"Saya mengimpikan keenam-enam anak saya menjadi doktor (Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia)," tulisnya.
Katanya, dia mengimpikan menjadi seorang doktor sejak berusia enam tahun dan ketika itu dia sudah diperkenalkan bapanya dengan stetoskop, mikroskop dan buku berkaitan biologi.
Kredit foto: IG Sheikh Muszaphar
Malah, dia membedah kata pertamanya ketika berusia lapan tahun!
Tambahnya, dia dibesarkan bapanya dengan kuasa visual. 'Apa yang kamu percaya, kamu mampu melakukannya'.
"Inilah yang ayah beritahu setiap hari dan saya akan melakukannya pada anak saya pula," ujarnya. - CARI
|