Sakit lutut boleh disebabkan beberapafaktor dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan simptom-simptomnya. SAKIT LUTUT AKUT Sakit yang datang tiba-tiba. Mungkinsemalam anda sihat dan mampu berjalan seperti biasa tetapi hari ini sakit lututserta jalan terhincut-hincut. Ianya mungkin akibat kecederaan ketika bersukan,akibat kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi dan seumpamanya.Sakit lutut akut boleh disebabkan oleh kecederaanAnterior Cruciate Ligament (ACL), tulang (termasuk tempurung) patahataupun retak, koyakan pada tisu meniscus dan juga keradangan tendon. SAKIT LUTUT KRONIK Sakit lutut yang datang secaraperlahan-lahan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Kebiasaannya sakitlutut kronik ini terjadi pada golongan yang sudah lanjut usia. Ianya mungkindisebabkan oleh kesan penuaan atau proses degeneratif dimana badan tidak dapatmemperbaharui sel lutut yang semakin rosak, secepat waktu muda remaja dahulu.Sakit lutut ini boleh dirawat dengan melakukan pembedahan Total Knee Replacement (TKR) bertujuanuntuk menggantikan lutut yang telah rosak dengan lutut buatan. Sakitlutut kronik juga disebabkan oleh penyakit sistemik seperti gout, yang lamakelamaan menyebabkan kristal tajam berkumpul di dalam sendi lutut, sikit demisedikit, sehingga menyebabkan kesakitan.
|