CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 3

COVID-19: Tiada kes baharu hari ini, Lawas kini berstatus hijau

[Copy link]
Post time 12-10-2020 08:49 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 751.



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan, berkata pada hari ini juga daerah Lawas bertukar status dari kuning kepada hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Bagaimanapun daerah Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan jangkitan tempatan 12 kes dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

JPBNS menambah, tiada penambahan kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan atau dikesan di daerah-daerah tersebut hari ini.

"Ini menjadikan jumlah daerah yang berstatus kuning, empat  iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu manakala 36 buah daerah lagi kekal berstatus hijau.

"Hari ini juga tiada kluster baharu telah dikesan. Bagaimanapun, terdapat dua kluster yang masih aktif iaitu Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra di daerah Bintulu yang sebelum ini dikenali Kluster Taman Putrajaya, Bintulu," jelas JPBNS.

JPBNS juga memaklumkan tiada kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kategori itu kekal 685 orang atau 91.21 peratus setakat ini.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital juga kekal 47 orang iaitu 28 orang di wad pengasingan Hospital Umum Sarawak (HUS), lapan di Hospital Miri, tujuh di Hospital Bintulu dan empat lagi di Hospital Sibu.

"Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi pada hari ini dan tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes iaitu 751 setakat ini," jelas JPBNS.

Mengenai pertukaran nama Kluster Taman Putrajaya, Bintulu kepada Kluster Putra (Bintulu) JPBNS berkata ia dilakukan bagi mengelak kekeliruan penggunaan nama Purtajaya yang sinonimnya merujuk kepada Pusat Pentadbiran Negara iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya.

JPBNS menambah, pertukaran nama itu juga bertujuan untuk keseragaman data dan maklumat antara JPBNS dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin mengumumkan pertukaran nama kluster yang dilaporkan pada 10 Oktober 2020 iaitu Kluster Putrajaya, Bintulu kepada Kluster Putra seperti diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada media pada 10 Oktober 2020 selepas pengumuman dibuat oleh JPBNS pada hari sama," jelasnya.

Credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2020 08:50 AM | Show all posts
Alhamdulillah ... semoga berterusan ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal sangat result.bukanke kul 5 baru buat pc.
Sekarang makin lewat.kadang2 kul 6 lebih baru dpt .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2020 02:28 PM | Show all posts
Belibis replied at 12-10-2020 11:11 AM
Awal sangat result.bukanke kul 5 baru buat pc.
Sekarang makin lewat.kadang2 kul 6 lebih baru dpt .
Berita petang ... tapi selalu nya akan keluar jauh malam ...

Jadi kita akan tepek esok nya lah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.304783 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list