CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 11347|Reply: 31

17 Tips Memasak Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu

[Copy link]
Post time 16-7-2020 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 16-7-2020 07:13 PM

Bagi kaum wanita semestinya selalu memasak untuk keluarga tambah-tambah lagi bila sudah berumah tangga. Pasti pelbagai tips dan petua dijadikan rujukan untuk memudahkan urusan memasak mereka. Petua dapur ini sangat penting untuk sang isteri kerana mereka kaan menyediakan masakan yang sedap-sedap belaka untuk si suami dan anak-anak.

Rasanya tidak salah kalau si suami juga belajar petua dapur yang dikongsikan oleh seorang tukang masak di laman Facebooknya, Ayue Jalal tentang 17 tips di dapur yang mungkin berguna untuk korang semua.

1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

2. Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik

3. Nak sambal merah sedap cantik. Masak lada lama + gunakan gula merah.


4. Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

5. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah

6. Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau. Nak masak baru basuh.

7. Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau

8. Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas, kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun

9. Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih. Masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjiskan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampak berwap.

10. Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..



12. Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

13. Nak merangupkan ayam goreng hendaklah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.

14. Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15. Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu. Jadi, anda pun baru tahu hari ini.




16. Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau

17. Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2..cuma kalau anak i yg baca no 13 iols rasa dia yg melompat


13. Nak merangupkan ayam goreng hendaklah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai mcm safety gear covid tu smod..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 16-7-2020 09:49 PM
wakaka..masak macam dah nak pergi ke bulan

Demi ayam yg rangup kohkoh..tp mmg best & simple utk tips2 lain yg nk cuba tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts

1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

Satu lagi petua tak kasi nangis masa membawang...simpan dulu bawang dalam fridge  kira2 setengah jam pastu baru potong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 16-7-2020 10:02 PM
fuh hehe.boleh cuba ni.. masa saya dulu2 kanak.ada orang suruh
letak bwang di cucuk kat hujung pi ...


Itu mitos acik2 bawang je smod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2020 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Petua no 15 simpan tauhu dlm air perahan lemon pun berkesan juga... tahan beberapa hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips no 12,boleh tambahkan halia sket..wangii ayam goreng..
Hihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 05:43 PM | Show all posts
ada tak petua minyak tak meletop
masa goreng telur mata?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 07:11 PM | Show all posts
trunks replied at 17-7-2020 07:06 PM
hehe..saya goreng pun meletop aje, tapi saya selalu keringkan kuali tu
betul2 kering dan minyak p ...

guna kuali non-stick no problem..
saya nak tips guna kuali biasa goreng
telur mata tanpa minyak meletup..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai seorang surirumah yang takut minyak meletup masa goreng ikan, memang i praktikkan yang no. 2 tu. Satu cara lagi, taburkan sedikit tepung kat minyak yang dah panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 18-7-2020 02:49 AM
2. Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru ...

I rasa tak masam pun ikan tu, sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
15 nak tahu tahan lama tukar air tiap hari dengan air masak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 05:07 PM | Show all posts
banyaknya tips baru yang iols tak tahu. tq ya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Petua no 10
- selalu beli tauge rendam dengan air je..dah baca petua ni baru tau kena tambah garam untuk
lebih segar

Petua no 3, 11, 12 dan 14 - buat orang lapar
Petua no 3 tengok gambar sambal sotong tapi kita akan buat sambal bilis, rebus telur ikut petua no 11 gerenti telur rebus cantik dikupas, petua no 12 tak sabar nak beli ayam dan goreng..buat pulak nasi lemak, kita akan letak garfu nak test menjadi tak petua ni. Puas makan ni. Kalau buat hari cuti makan pagi tengahari tak payah masak

Petua no15
- akan buat...sebab selalu beli tauhu. Buat tauhu bakar makan dengan kuah kacang.

Tq supermod bagi petua





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 26-7-2020 06:41 PM
haha..moga berjaya masak memasak. saya kalau tengok2 petua ni
terus terbayang makanan dah siap .. ...

In sha Allah smod..hehehhe cuti raya haji ni nak try buat dah..

Tq smod bagi tacang banyak

Comments

sesama sayam :D  Post time 28-7-2020 10:39 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1 petua nak campur nasi baru masak dgn nasi lebih smlm
Masak nasi baru, masa mendidih masukkan nasi smlm & gaul rata.. InshaaAllah tak akan basi nasi wlu dicampur
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 26-7-2020 03:39 PM
Petua no 10
- selalu beli tauge rendam dengan air je..dah baca petua ni baru tau kena tambah garam  ...


Selalunya kan orang Pahang je yang makan tauhu dengan kuah kacang
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts

Nak tambah satu petua kat dapur yang saya dah ikut bertahun2. Memang menjadi petua ni

Ok...Kalau nak cili padi atau cili besar tahan lama, mula2 buangkan tangkai & daun cili dan cuci bersih2. Toskan cili tu sampai betul2 kering. Kalau masih basah lap dengan kitchen paper. Kemudian sediakan satu besar bertutup yang dah dialaskan dengan kitchen paper. Masukkan semua cili yang kita dah bersihkan & keringkan tadi ke dalam bekas bertutup tadi. Taburkan 2-3 ulas bawang putih yang telah dikupas. Simpan dalam fridge.

InsyaAllah cili2 tersebut boleh tahan beberapa minggu kat dalam fridge. Nak tahan lagi lama, jangan masak guna cili, simpan je kat dalam fridge buat hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Part bawang tu, org lain yg potong pun meols yg nangis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.814446 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list