Sudah banyak kali hantar ke kedai tapi laptop masih lembab?
Bermacam cara telah dilakukan tetapi masalah masih berulang?
Anda mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:
- program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
- games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
- laptop masih lembab biarpun baru sahaja diformat
- sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah tidak selesai
Jika masalah ini tidak diatasi, banyak kerja penting tidak dapat disiapkan dan menyebabkan produktiviti kerja anda terjejas teruk.
Jadi, apa penyelesaiannya?
Mudah.
Ya, mudah sahaja sebenarnya.
Berikan peluang kedua kepada laptop anda dengan menggunakan Solid-State Drive (SSD).
Kenapa anda perlu beralih cinta kepada SSD?
- kelajuan membaca dan menulis 20 kali lebih pantas berbanding dengan cakera keras (hard disk) biasa
- melajukan boot up laptop kurang daripada 10 saat
- lebih lancar dan responsif seperti start up, shut down, salin fail, guna pelayar Internet dan imbas virus
- penggunaan perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan Premiere sangat responsif dan mampu meningkatkan produktiviti
- melajukan proses loading ketika bermain games
- menjimatkan penggunaan bateri laptop
- tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data sekiranya terjatuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak
- lebih ringan, senyap dan sejuk
Apa itu Solid-State Drive @ SSD?SSD adalah solid-state drive atau solid-state disk yang menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk menyimpan data secara berterusan.
Ia juga lebih tahan terhadap kejutan fizikal, senyap, masa akses yang lebih cepat dan kependaman (latency) yang lebih rendah.
Walaupun harganya terus menurun dari masa ke masa, sehingga 2018 ia masih mahal untuk tujuan penyimpanan data berbanding dengan HDD.
Setakat 2017, kebanyakan SSD menggunakan ingatan flash berasaskan 3D TLC NAND, iaitu non-volatile memory. Non-volatile memory bermaksud ia mampu mengekalkan data biarpun bekalan kuasa telah ditutup atau dimatikan.
Sebelum anda berfoya-foya membelanjakan wang anda, sila perhatikan 5 perkara ini:
- saiz storan
- seni bina (architecture) controller, memory, cache/buffer, wear levelling dan host interface
- reka bentuk @ form factor
- jenama
- jaminan
1. Saiz storanYa.
Ini adalah perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan. Tentukan berapa besar saiz storan yang anda perlukan.
Sebab apa?
Semakin besar saiz storan yang anda pilih maka semakin tinggi kos SSD tersebut.
Berikut adalah keupayaan biasa yang boleh anda jangkakan untuk penyimpanan pada setiap julat:
- 32 GB: Ini adalah penggunaan paling asas. Apa yang boleh anda jangkakan dengan saiz storan sekecil ini?
- 64 GB: Masih terhad untuk pemasangan sistem operasi (OS) dan hanya mampu menyimpan sedikit program anda.
- 120 GB/128 GB: Untuk pemasangan OS sudah dikira memadai tetapi penyimpanan media dan permainan masih terlalu terhad di sini.
- 240 GB/250 GB: Untuk pemasangan OS lebih daripada mencukupi di samping mampu menyimpan media dan beberapa permainan. Pilihan kebanyakan pengguna di Malaysia.
- 480 GB/500 GB: Sangat disyorkan untuk pemasangan OS, penyimpanan media dan permainan. Pilihan kebanyakan pengguna tegar permainan (gamers).
- 1 TB/2 TB: Untuk golongan bangsawan sahaja mereka yang banyak melakukan suntingan (editing) foto dan video di samping bermain permainan serta digunakan untuk menyimpan dokumen, foto, muzik dan video.
Nasihat daripada saya, sekurang-kurangnya cuba dapatkan 120 GB atau 240 GB sebagai permulaan.
Jika wang bukan masalah, pergi kepada saiz storan 480 GB atau 500 GB.
2. Seni bina (architecture) controller, memory, cache/buffer, wear levelling dan host interfaceIni lebih kepada teknikal dan mungkin akan memeningkan kepala anda.
Jangan risau saya akan menerangkan beberapa istilah di bawah semudah yang mungkin.
Komponen utama SSD adalah controller dan ingatan (memory) untuk menyimpan data.
Komponen ingatan utama dalam SSD secara tradisinya adalah DRAM volatile memory tetapi sejak 2009 ia lebih kepada NAND flash non-volatile memory.
ControllerController adalah pemproses terbenam yang melaksanakan kod peringkat firmware. Ia merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam menentukan prestasi SSD.
Antara fungsi yang dilakukannya ialah:
- Bad block mapping
- Read and write caching
- Encryption
- Error detection and correction via Error-corectting code (ECC)
- Garbage collection
- Read scrubbing and read disturb management
- Wear levelling
Untuk mengelakkan anda tertidur, saya tidak akan mengulas satu persatu istilah teknikal di atas.
Saya akan senaraikan beberapa istilah penting yang biasa digunakan oleh pengeluar SSD seperti:
- ingatan @ memory
- encryption
- Error Correction Code (ECC)
- garbage collection
- TRIM command
- wear levelling
- endurance MTBF
- host interface
Ingatan @ memoryTerdapat pelbagai teknologi ingatan @ memory yang digunakan pada SSD dari multi-level cell (MLC) sehinggalah ke triple-level cell (TLC) yang agak murah.
Jika bernasib baik, anda juga mungkin akan dapat melihat single-level cell (SLC) yang jarang ada di pasaran dan paling mahal buat masa ini.
Kelebihan SLC, ia lebih cepat, boleh diharap (reliable) dan tahan lama.
Semakin banyak bilangan bit (bits) per sel (cell), kemungkinan untuk gagal, tidak konsisten dan prestasi akan menurun juga semakin meningkat.
EncryptionEnkripsi perkakasan (hardware-based encryption) adalah penggunaan perkakasan komputer untuk membantu perisian atau mengganti perisian dalam proses penyulitan data.
Biasanya ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada set arahan pemproses (processor’s instruction set).
Sebagai contoh algoritma penyulitan AES (cipher moden) boleh dilaksanakan menggunakan set arahan AES pada mana-mana seni bina x86.
Ia juga lebih cepat dan kurang terdedah terhadap eksploitasi dan selanjutnya mampu melindungi daripada gangguan yang menyebabkan kerosakan.
Kebanyakan SSD menawarkan penyulitan peringkat AES dengan 256-bit.
Dapatkan fungsi ini jika anda merancang untuk menyimpan data sensitif pada SSD anda.
Error Correction Code (ECC)SSD mesti mengekalkan integriti data apabila data bergerak daripada host PC ke storan NAND melalui controller SSD.
Pemindahan data ini sering dirujuk sebagai “data in flight” atau “data in transit” sebelum ia ditulis ke storan NAND Flash.
Controller SSD menggabungkan ECC untuk mengesan dan membetulkan sebahagian besar ralat (error) yang boleh menjejaskan data sepanjang trajektori ini.
Cip ingatan Flash memasukkan maklumat pembetulan ralat tambahan bersama-sama dengan setiap block data yang ditulis.
Seperti pemacu cakera keras (HDD) memori NAND Flash menemui ralat bit semasa operasi normal dan membetulkan ralat tersebut dengan menggunakan data ECC.
Jika ada pilihan, pastikan anda memilih SSD dengan fungsi ECC.
Garbage collectionSemua SSD di pasaran mempunyai fungsi garbage collection (GC). Perbezaan ketara hanyalah:
- bila ia melakukan proses tersebut
- berapa pantas ia melakukan proses tersebut.
Garbage collection juga adalah sebahagian besar daripada write amplification pada sesebuah SSD.
Secara ringkasnya, ia adalah proses pemindahan data sedia ada ke lokasi baharu dan membenarkan data yang tidak sah (invalid data) di sekitarnya dipadamkan.
Tidak seperti pemacu cakera keras (HDD), data sedia ada di dalam SSD tidak boleh ditulis ganti (overwrite) begitu sahaja.
Ia mesti dipadam terlebih dahulu sebelum data baharu boleh ditulis di lokasi yang sama.
Data yang ditulis ke dalam ingatan flash di dalam sesuatu unit dipanggil pages.
Walau bagaimanapun, ingatan hanya boleh dipadamkan di dalam unit yang lebih besar yang dipanggil block.
Jika data pada pages ini sudah tidak diperlukan, hanya pages yang mengandungi data yang baik dibaca dan ditulis semula ke block yang kosong (block yang telah dipadamkan sebelumnya).
Kemudian pages yang kosong tadi telah tersedia untuk data baharu yang akan dimasukkan.
Tidak faham?
Mari saya berikan contoh yang mudah.
Lihat semula gambar di atas. Fokus dulu kepada kolum pertama.
Katakan dalam kolum pertama ini terdapat dua block, iaitu block X dan block Y.
Huruf A, B, C dan D ini mewakili pages yang berada di dalam block X.
Free pula mewakili ruang kosong atau data yang belum diisi ke dalam pages (dalam block X).
Sekarang fokus pada kolum kedua pula (masih pada block X).
Ada ketikanya data mungkin berubah, jadi pages A’-D’ ditulis dan pages asal A-D sekarang ditandakan tidak sah (invalid data).
Pada masa yang sama, data tambahan ditulis pada pages E-H (masih pada block X).
Ketika semua pages pada block X sudah penuh barulah block X ini boleh dipadam agar tulis semula (overwrite) pada block ini boleh dilakukan.
Untuk memadam block X ini (lihat kolum ketiga sekarang), data yang masih baik seperti pages E-H dan A’-D’ pada block X akan dibaca dan ditulis ke block Y sekarang.
Selepas itu, block X akan dipadam.
Wear levellingHarus diingat bahawa wear levelling berlaku ketika garbage collection bekerja.
Wear levelling adalah teknik untuk memanjangkan hayat perkhidmatan beberapa jenis media penyimpanan komputer yang boleh padam.
Contohnya, ingatan flash yang digunakan dalam SSD, USB flash drive (contohnya, pen drive) dan phase change memory.
Penjelasannya:
Sekiranya block tertentu diprogram dan dipadamkan berulang kali tanpa menulis kepada mana-mana block lain, block tersebut akan cepat haus (wear out) berbanding dengan block yang lain.
Ini seterusnya akan memendekkan jangka hayat sesuatu SSD.
Oleh sebab itu, controller SSD menggunakan teknik wear levelling untuk menulis pada semua block SSD pada kadar sama rata.