Edited by KIM.K at 9-6-2020 11:06 PM
Gelaran 'tok abah' pada PM dah merebak jadi Pak Long Mail, Pak Ngah Sham dan Pak Cu Zafrul
Setiap hari kita akan mendengar sidang media daripada 2 orang individu yang sudah tidak asing lagi di kaca tv waktu wabak Covid-19 iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mereka akan sentiasa update mengenai perkembangan kes dan isu yang berbangkit mengenai wabak Covid-19. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan membuat perutusan berhubung dengan wabak Covid-19 yang sudah melanda negara. Dalam pada itu, kita dapat lihat usaha-usaha orang-orang penting ini cukup bersungguh-sungguh dalam ‘menyelamatkan’ negara daripada terus terjangkit daripada wabak ini. Dalam satu posting di Facebook menerusi akaun IPOH IPOH Ajerr, kelihatan rakyat Malaysia mengucapkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menangani wabak ini. Apa yang lebih menarik perhatian ialah gelaran ‘keluarga’ yang diberikan kepada PM, Datuk Ismail Sabri dan DG Hisham dan yang lain seakan-akan Malaysia sebagai satu keluarga dalam usaha menangani wabak ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat gelaran ‘abah’ daripada rakyat Malaysia sebab prihatin dan bersungguh-sungguh dalam mengendalikan Malaysia sama seperti sifat seorang ayah dalam sebuah keluarga Rakyat Malaysia mesti takut nak buat kesalahan waktu PKP ni kan sebab risau dapat tindakan tegas daripada 2 individu ni. Rasa macam dekat je kan dengan pemimpin kalau ada gelaran keluarga ni. Kalau tengok dari karakter keluarga tu macam sama kan dengan situasi sekarang. Hopefully, kita semua juga dapat membantu menangani wabak ini sampai zero case di Malaysia. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESSSumber obak Merah PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
|