CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16363|Reply: 28

13 Hotel Terapung Di Malaysia Yang Menarik Untuk Pengalaman Bermalam Di Atas Air

[Copy link]
Post time 8-6-2020 04:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 8-6-2020 04:08 AM

Siapa yang tidak pernah membayangkan untuk tinggal di kawasan berhampiran laut? Bunyi desiran ombak pantai dan angin laut memberikan ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Kehidupan yang penuh keriuhan tanpa henti di kota membuatkan ramai mengidamkan suasana yang indah, tenang, bersama bayu segar yang sukar didapati di bandaraya.

Jika ini yang anda sering bayang-bayangkan, apa kata anda bersama keluarga beramai-ramai membuat perancangan untuk bercuti ke salah satu hotel terapung yang terdapat di Malaysia ini.
Di sini anda dapat melupakan segala beban kerja atau pelajaran, di sini anda hanya mendengar bunyi-bunyi daripada alam semulajadi, di sini anda dapat menghirup udara yang bersih, di sini juga anda disajikan pemandangan yang menyegarkan. Sekembalinya anda dan keluarga daripada percutian ini, badan dah relaks, minda pun tenang, produktiviti meningkat, kesihatan pun bertambah mantap! Tak perlu nak keluar negara untuk menikmati semua ini, jadi tunggu apa lagi? Mari kita lihat 13 hotel terapung di Malaysia.
Kandungan [tunjuk]

13. Pangkor Laut ResortSumber: Beautiful Hotels
Untuk sampai ke resort yang terletak di Selat Melaka ini, anda perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit.
Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Di resort ini, anda sekeluarga bukan setakat boleh snorkeling dan berkanu di laut, tapi anda juga boleh bermandi-manda di 2 kolam renang yang disediakan.
Sumber: Suffy Travels
Macam mana kalau musim hujan? Hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain skuasy, tenis dan bilik kecergasan. Bagi anda yang nak memanjakan diri anda, terdapat spa yang dapat memberikan anda layanan yang memang baik punya!
Bab makan anda tak perlu risaulah, sebab ada 8 restoran yang boleh anda pilih, yang bestnya, dapat makan makanan laut segar bertemankan pemandangan laut lagi. Perfect!
Alamat: Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

12. Avani Sepang Gold CoastSumber: Avani Sepang Gold Coast
Siapa yang tak mengidamkan sebuah penginapan yang lengkap dengan pemandangan yang menyejukkan mata bukan? Di sini anda dikelilingi oleh pemandangan laut yang sangat menarik terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, sampai terlupa segala beban di kepala. Bilik juga luas, keselesaannya memang tak perlu dipersoalkan, tip-top!
Sumber: Joey950118
Tak cukup dengan pemandangan dari balkoni vila? Pihak hotel turut menyediakan basikal, permainan meluncur angin dan banyak lagi untuk bersuka-ria bersama keluarga tersayang sambil menikmati panorama alam.
Penginapan di sini terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Anda juga boleh melawat ladang-ladang yang terdapat di sekitar hotel. Memang syok baq hang!
Alamat: Sepang Goldcoast, No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Kampong Bagan Lalang

11. Seaventure Dive RigSumber: Seaventures Dive Rig
Buat anda yang menyukai aktiviti menyelam, Seaventure Dive Rig ialah sebuah destinasi yang patut anda tujui. Pengalaman yang akan anda dapati apabila menginap di sini dijamin terbaik! Binaan hotel ini memang serius unik. Dibina di atas pelantar minyak, anda diberikan dua pilihan, kalau anda berjiwa ekstrem, boleh terus terjun dari platform untuk menyelam ke dalam laut ataupun kalau jiwa anda tidaklah se’ekstrem’ yang disangka sebaik berdiri di platform, anda boleh menggunakan lif yang disediakan untuk terus sampai ke dalam laut. Pengalaman yang ditawarkan oleh destinasi ini sungguh unik dan ia terpilih untuk disertakan didalam senarai tempat percutian paling menarik di Malaysia.
Sumber: Naam Diving Collection
Selain itu, berdasarkan testimoni pelancong yang pernah menginap di sini, makanan yang disediakan juga agak menyelerakan dan yang penting sekali, ramai yang sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di hotel ini.
Alamat: (Untuk tujuan tempahan) G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, Kota Kinabalu, Sabah 88000, Malaysia

10. Avillion Port DicksonSumber: Avillion Port Dickson
Tak perlu lari jauh-jauh daripada kota untuk menikmati alam semulajadi bersama keluarga kalau anda tinggal di Kuala Lumpur. Hanya 1 jam perjalanan anda akan sampai di sebuah dunia yang penuh ketenangan.
Sumber: Avillion Port Dickson
Resort yang direka berdasarkan perkampungan nelayan Melayu ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus, ladang haiwan dan kandang burung di mana terdapat lebih daripada 30 spesies burung untuk dilihat, yang penting, dapatlah anak-anak anda belajar sesuatu yang baru semasa bercuti.
Sumber: Shaza Sabbah
Bukan itu sahaja, anda boleh juga memancing dari balkoni bilik sambil menyegarkan mata anda ditemani bayu laut Selat Melaka.
Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak pula pihak resort menyediakan aktivit berkayak, kapal luncur angin dan basikal hydro.
Alamat: 3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Malaysia

9. Mabul Water BungalowSumber: Impro.tv
The best dive bases in the world,’ itulah penghormatan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam sangat menyeronokkan kerana anda dapat melihat dengan jelas panorama hidupan laut.
Sumber: Rano Iman
Airnya yang jernih ini juga membuatkan anda dapat menikmati pemandangan hidupan marin dengan hanya menjenguk keluar melihat air dari balkoni bilik anda.
Sumber: Ciao Pass
Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan kemudahan moden seperti internet, tv bersaluran satelit, tandas juga lengkap dengan mandian air panas. Selain daripada itu, anda juga boleh relaks di spa yang disediakan.
Alamat: Pulau Mabul, Sabah, Malaysia

8. Sipadan Kapalai Water Village ResortSumber: Tourism Malaysia
Sipadan Kapalai Water Village ini anda dapat berasa seperti benar-benar terapung kerana terpisah jauh daripada kawasan daratan. Resort ini disambungkan dengan Pulau Mabul dengan jambatan kayu yang panjang. Reka bentuk penginapan ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk rumah masyarakat Bajau.
Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkeling. Bagi anda yang tak sabar untuk menikmati keindahan air laut di sini, boleh je kalau anda nak terus terjun daripada jambatan, baru adventurous kan?
Sumber: KK City
Selain itu, anda boleh menikmati perkhidmatan spa yang disediakan oleh pihak hotel. Bagi anda yang membawa anak-anak yang masih kecil pula tak perlu gusar, perkhidmatan penjagaan bayi turut disediakan. Jadi, bolehlah anda chill tanpa sebarang beban dalam kepala. Semuanya tersedia untuk anda dan keluarga bercuti dengan tenang.
Alamat: Semporna, Sabah, Malaysia

7. Berjaya Langkawi ResortSumber: Scenic World
Kalau anda mengidamkan sebuah penginapan dengan kesegaran bunyi hutan hujan setiap kali anda membuka mata, inilah resort yang tepat bagi anda. Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu di mana anda akan diberikan penerangan tentang flora dan fauna di hutan hujan ini. Anda dan anak-anak dapat menikmati panorama alam semulajadi sambil mempelajari banyak perkara baru tentang hidupan di sini.
Sumber: Berjaya Hotels
Dah puas menikmati hidupan di hutan hujan, jom pergi menyelam pula di Pulau Payar untuk melihat hidupan laut yang terdapat di sini. Selain daripada aktiviti menerokai hutan yang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam serta scuba diving, hotel ini turut memiliki Muzium 3D dan Underwater World Langkawi untuk anda lawati. Memang sure seronoklah anak-anak anda kalau datang ke sini!
Alamat: Karung Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2020 04:08 AM | Show all posts
Edited by trunks at 8-6-2020 02:00 AM


6. Pom Pom Island ResortSumber: RanRanAnn
Terletak lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort yang juga merupakan tempat pemuliharaan penyu ini menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu-penyu dan pelbagai jenis ikan yang terdapat di laut.
Sumber: Nurul Yazid
Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan spa di mana terdapat khidmat urutan dan refleksologi untuk anda bersama keluarga memanjakan diri. Selepas itu bolehlah anda menaiki bot yang disediakan untuk berlayar di sekitar kawasan laut.
Kalau anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.  Setelah penat mendaki anda akan disajikan dengan pemandangan pulau-pulau sekeliling yang indah tak terkata.
Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia

5. Gayana Eco ResortSumber: Majalah Panorama
Di pinggir laut Borneo terletaknya sebuah resort yang sangat gempak. Untuk ke resort ini anda perlu menaiki feri yang disediakan secara percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Kenapa saya kata gempak tadi? Sebab  anda dapat menggunakan banyak kemudahan untuk beraktiviti air di sini secara percuma seperti snorkeling dan kayak.  Air di resort ini juga sangat jernih membuatkan aktiviti snorkeling 10 kali ganda menyeronokkan kerana anda dapat melihat hidupan laut dengan jelas.  Jangan lupa sediakan kamera berkalis air, baru berbaloi!
Sumber: Sam Leu
Waktu bercuti jugalah waktu yang tepat untuk membelai wajah dan badan bukan? Di Spa Suites di hotel ini anda boleh mendapatkan khidmat rawatan wajah dan urutan badan.
Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

4. Dragon Inn SempornaSumber: Hailey WF
Dragon Inn Semporna direka bentuk berdasarkan kampung air masyarakat Bajau. Terletak tidak jauh daripada kawasan bandar dan hanya selang beberapa minit perjalanan dari resort anda dapat singgah ke pasar pagi yang terdapat di sini. Apa yang bestnya di sini, terdapat Live Fish Open Aquarium untuk anda melihat hidupan air bersama keluarga. Tidak jauh dari resort ini, anda boleh melawat pulau-pulau yang berdekatan seperti Mabul dan Sipadan untuk melengkapkan percutian anda sewaktu di Sabah.
Sumber: Suhaidzan
Untuk pengetahuan anda juga, resort ini diberi gelaran sebagai Royal Resort ataupun Resort Diraja kerana kerap menerima lawatan diraja. Ia juga tersenarai sebagai salah satu hotel terapung terbaik dalam senarai ‘AskMen’s Top Ten Floating Hotels of The World’.
Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna

3. ST Regis LangkawiSumber: St Regis Langkawi
Sebuah hotel di Langkawi yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber: St Regis Langkawi
Bagi anda yang nak relaks dengan lebih privasi, anda boleh berenang dalam kolam renang infiniti peribadi yang disediakan pihak hotel.
Sumber: St Regis Langkawi
Tempat makannya pula disediakan hammock atau buaian untuk anda menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah dari resort. Memang cool kan?
Alamat: Jalan Pantai Beringin, Langkawi, 07000, Malaysia

2. Grand Lexis Port DicksonSumber: Waheeda Noor
Terletak hanya 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang memecahkan rekod sebagai resort yang memiliki paling banyak kolam renang dalam The Malaysia Book of Records. Ciri-ciri reka bentuk hotel ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk penginapan di Bali.
Di dalam tempat penginapan anda dilengkapi dengan katil bersaiz king, tv 32-inci, dapur, ketuhar mikro, pinggan dan banyak lagi yang dapat memudahkan anda sewaktu menginap di sini. Wifi? Mantap. Setiap penginapan juga disediakan kolam renang peribadi yang selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak sekiranya anda datang bersama keluarga.
Setelah puas bermandi-manda, anda boleh menerokai alam semula jadi di sekitar dengan menaiki basikal sewa yang disediakan pihak resort. Sangat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sekiranya anda menginap di resort ini seperti melawat Raptor Bird Sanctuary, Hutan Simpan Tanjung Tuan dan Oceanic Mall Port Dickson.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia

1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di hotel ini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Tak perlulah anda membuang masa untuk mencari pakaian yang sesuai kalau tiba-tiba terasa nak bermandi-manda, syoknya tak terkatalah kan. Bukan itu sahaja, setiap tempat penginapan juga disediakan bilik stim ataupun sauna. Ini antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Sudah puas berendam dan bersiap, keluar sahaja dari pintu bilik, anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah pemandangan laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan.
Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia

Mesti agak ramai yang tak menyangka yang Malaysia sebenarnya memiliki banyak hotel atau resort yang lain dari yang lain seperti hotel-hotel terapung ni kan? Ramai yang teringin untuk ke luar negara untuk menikmati alam semula jadi sebenar tapi tak perasan bahawa tanah air ini sendiri kaya dengan keindahan alam semulajadi.
Hotel-hotel terapung ini memberikan pengalaman yang agak unik dan istimewa kerana percutian anda memang benar-benar jauh dari hiruk-pikuk yang wujud di daratan. Dengan menginap di hotel sebegini juga anda dapat menyelami alam semula jadi dengan lebih realistik lagi. Bangun sahaja dari tidur lena anda dah disapa dengan bunyi ombak dan deru angin laut. Aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat di penginapan-penginapan ini juga sangat menyeronokkan, diving, snorkelling, kayak, siapa yang tak suka main air bukan?
Sebenarnya banyak lagi destinasi yang menarik untuk dilawati di Malaysia ini untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan untuk menenangkan fikiran yang bercelaru dalam dunia yang penuh cabaran ni. Wajib untuk anda mengambil sedikit masa untuk recharge tenaga anda sekeluarga dengan percutian yang menyeronokkan. Singgahlah untuk membaca artikel kami berkaitan hotel terbaik di Cameron Highland untuk memberi anda ilham untuk percutian yang akan datang bersama keluarga.
Akhir kata, terima kasih kerana telah meluangkan masa anda untuk membaca senarai 13 hotel terapung terbaik yang terdapat di Malaysia. Pihak Maisinggah berharap dengan artikel ini, anda dapat membuat pilihan yang terbaik untuk sebuah percutian yang terindah bagi anda dan keluarga. Percutian adalah waktu yang penting yang dapat merapatkan hubungan antara keluarga dan dalam mencipta memori indah bersama, jadi, buatlah pilihan yang terbaik dan rancanglah dengan awal. Semoga impian anda sekeluarga untuk memiliki percutian yang sempurna berjaya direalisasikan.
Anda rasa ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan hotel terapung di Malaysia? Sila share dan tag kawan-kawan anda supaya mereka juga mendapat manfaat daripada artikel ini.



oh indahnya kalau dapat pergi salah 1 tempat ni


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
1. lexis hibiscus

2. grand lexis

3. avillion

4. avani sepang

suma dah gi puas hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2020 09:34 PM | Show all posts
tagas replied at 8-6-2020 09:26 PM
1. lexis hibiscus

2. grand lexis

wah gila hehe..
boleh ke payung gambar sikit,kalau sudi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lexis hibiscus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2020 10:21 PM | Show all posts
Edited by trunks at 9-6-2020 12:01 AM

wah anak2 tentu gembira gila dapat pergi sini hehe
ada ke request nak pergi lagi ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 2x pergi

plan nak merasa tempat lain pulak kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 09:41 AM | Show all posts
satu lagi .. Nusakuya Resort Semporna ... pun boleh layan ... terus direct ke laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 04:41 PM | Show all posts

mn best grand lexis or hibiscus..tgh promo murah gile I pgi bli yg grand lexis..
rse nk bli yg hibiscus plak..sape nk bli yg grand lexis bole pm I


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 05:01 PM | Show all posts
misz_sanggul replied at 12-6-2020 04:41 PM
mn best grand lexis or hibiscus..tgh promo murah gile I pgi bli yg grand lexis..
rse nk bli yg hi ...

lexis hibiscus umpama honda accord

grand lexis umpama honda civic
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 05:03 PM | Show all posts
tagas replied at 12-6-2020 05:01 PM
lexis hibiscus umpama honda accord

grand lexis umpama honda civic

alah..ruginye p beli grand lexis..nk jual kt sapela ni..
kalau taw amik la hibiscus..beza rm30 je pun


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
misz_sanggul replied at 12-6-2020 05:03 PM
alah..ruginye p beli grand lexis..nk jual kt sapela ni..
kalau taw amik la hibiscus..beza rm30 je ...


try grand dulu

next time ade rezki hibiscus pulak

enjoy ur vacation
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2020 02:59 AM | Show all posts
misz_sanggul replied at 12-6-2020 05:03 PM
alah..ruginye p beli grand lexis..nk jual kt sapela ni..
kalau taw amik la hibiscus..beza rm30 je ...

Hi nak tanya..voucher tu...beli bayaran atas nama klmetro ke...i nak beli...takut kena tipu....try call hotel....tak berjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 11:30 AM | Show all posts
applecomel replied at 14-6-2020 02:59 AM
Hi nak tanya..voucher tu...beli bayaran atas nama klmetro ke...i nak beli...takut kena tipu....try ...

btulla tu mmg bli tu ats fb lexis kan..
lgpun dah 2 org yg glamor pgi sorg puan mona din..
sorg lg instafamous..
sesiapa ade x nk bli voucher I bli ni garden lexis private pool lower-RM 350 leh pm ye


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 10:10 AM | Show all posts
Wow,it's beautiful!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 06:26 PM | Show all posts

kan?  yang ini macam best sangat,macam dalam movies


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2020 03:48 PM | Show all posts
tagas replied at 12-6-2020 05:01 PM
lexis hibiscus umpama honda accord

grand lexis umpama honda civic

nak tanya, grand lexis tu..parking dia jauh sgt tak dr bilik? agak2 menyeksakan tak utk org yg sakit lutut... kalo boleh mls bwk wc

1 lg... kolam dia brp kaki dlm ek? anak2 x pandai berenang..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 04:36 PM | Show all posts
tucenmeow replied at 9-9-2020 03:48 PM
nak tanya, grand lexis tu..parking dia jauh sgt tak dr bilik? agak2 menyeksakan tak utk org yg sak ...

kalo amek yg banglo tu dekat la jgk

kalo yg jenis atas laut tu mcm agak jauh sket

kolam nya bleh tahan dalam kanak2 kena pakai pelampung
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 11:44 AM | Show all posts
tagas replied at 9-9-2020 04:36 PM
kalo amek yg banglo tu dekat la jgk

kalo yg jenis atas laut tu mcm agak jauh sket

thanks.... tp lately baca komen2 kat berita psl yg angkut segala toto periuk gi sana tu...mcm x de hati pulak nk pergi. tunggu reda dulu la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 03:01 PM | Show all posts
trunks replied at 30-6-2020 06:26 PM
kan?  yang ini macam best sangat,macam dalam movies

nak dpt lepak2 kat kerusi (dan lounge) ni kena book Premium Water Chalet dia. boleh melepak ptg2 tgk sunset sambil minum2 & makan light refreshment (temasuk dalam harga bilik). tapi tempat ni kanak2 tak boleh masuk.


Dalam list tu .. i love Pangkor Laut & Avillion. Avani pun penah stay situ jgk. dan penah je duduk homestay atas air kat mabul. banyak choice kat situ. walau pun homestay simple2 (tak la mewah macam kapalai, macam mabul water bungalow) tapi ttp best.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062513 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list