Nampaknya, tindakan orang ramai melanggar larangan rentas negeri untuk beraya di kampung mendapat kecaman ramai.
Sebelum ini, rata-rata mengecam Budak Uni lembik kerana tidak dibenarkan pulang ke rumah.
Kredit foto: Twitter
Bulan Syawal inilah peluang Budak Uni membalas kecaman dilemparkan terhadap mereka sebelum ini, puas-puas.
Menggelupur nak balik kampung sebab takut tak sempat nak minta maaf pada ibu bapa, katanya.
"Eh, tak ada telefon macam kebanyakan orang ke? Minta maaf hanya pada hari raya saja?"
Masa inilah banyak perkara diungkitnya.
Kredit foto: Twitter
Mana yang ibu bapa sudah uzur atau bersendirian di kampung tu, kita boleh faham kenapa mereka nekad balik kampung juga walaupun berdepan risiko disaman dan sebagainya.
Tapi, takkan semua yang bersesakan di atas jalan raya tu nak kejar masa, takut tak sempat jumpa ibu bapa yang sudah uzur kan?
Mana rasa simpati orang ramai yang gigih mengharungi kesesakan jalan terhadap anggota bertugas yang kena menghadap setiap percubaan merentas negeri? - CARI |