View: 9967|Reply: 64
|
Bangga Dapat Kebenaran Rentas Negeri, Mengaku Pakai ‘Kabel’ Dan Ayat M
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 22-5-2020 12:22 PM
Tular di media sosial hari ini, perkongsian mengenai seorang gadis yang didakwa mendapat kebenaran pulang merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut hari raya.
Gadis tersebut mendakwa bahawa dia mendapat kebenaran pulang ke kampung kerana mempunyai ‘kabel’ yang kuat dan sempat memberi ‘pesanan’ kepada orang ramai supaya tidak merasa iri hati.
Malah, dia turut memberitahu akan pulang semula ke Kuala Lumpur selepas hari raya utuk melakukan ‘openhouse’ pada 2 Jun nanti.
”Dah ada surat .. dari Dungun.. so kena buat pengesahan je kat sini.. jangan duk berdengki lah kita memang boleh balik.. haha kabel kita kemas keming.
”So yang tak boleh balik kau diam.. stay at home.. jangan duk iri hati kat sis.. suruh sis beraya dengan you all di kota raya.. 2/6 kita openhouse kat KL okay..” tulis gadis berkenaan.
Perkongsian tersebut lantas menimbulkan rasa ketidakpuasan hati netizen. Rata-ratnya meminta supaya tindakan segera dilakukan oleh pihak berwajib agar gadis tersebut tidak terlepas dari hukuman.
Kredit : Siakap Keli |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru ternampak tadi kat fb i love kuala krai...apa entah yang gigih sangat nak balik kampung beraya time2 gini... |
|
|
|
|
|
|
|
tak baik dengki sarah |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-5-2020 04:42 AM
BABIIIII.. Done
Kurus puasa 29 Ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 22-5-2020 12:59 PM
tak baik dengki sarah
Hahahaha.. Aku mmg hati busuk |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 22-5-2020 01:04 PM
Kurus puasa 29 Ramadhan
Huhuhuhu.. .geram betul dgn perangai perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik ini beraya dalam lokap.
|
|
|
|
|
|
|
|
pergi mandi la |
|
|
|
|
|
|
|
Bengap pnye org.....x pasal2 kena keluar statement utk mangkuk kaki filter ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
so bij ni tipu je la sebab lapar hencapan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kelulusan dapat penghujung bulan 4, awat penghujung bulan 5 baru gigih nak up balik beraya bagai. Kabel hape gitu. Lapar perhatian + bengap sungguh la |
|
|
|
|
|
|
|
yak yak yea la sgt...
kena denda 1k takpa lagi...
takot 1 kg kena covid-19...
time tu baru yak2 yea.... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-5-2020 12:42 PM
BABIIIII.. Done
Hahaha Sarah. Jarang baca bad words from you. Marah sangat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti kena angkut juga ni macam kes misi itu hari |
|
|
|
|
|
|
|
Bitch ni lapar attention macam budak yang baling mercun kat oku tu. Memang sengaja mintak dikecam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Melur1 at 22-5-2020 02:41 PM
Setakat tu pun nak bangga sangat ala2 dia jumpa vaccine utk covid
menyampah haku |
|
|
|
|
|
|
|
Dakwaan 'kabel' Siska Qirana tidak benar
Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]
POLIS menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun, Terengganu ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Sebelum ini, wanita yang menggunakan nama 'Siska Qirana' memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan mesej dengan seorang sarjan polis mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai 'kabel'.
Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.
"Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.
"Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.
"Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di sini (Dungun) bersama keluarganya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Baharudin berkata, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada 'orang dalam' kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.
Menurutnya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.
"Kita tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana mempunyai orang dalam, sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kes di Putrajaya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok le ko x kuar rumah raya ni.. 1 mesia dah tau ko ni bebal |
|
|
|
|
|
|
| |
|