Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah proaktif dalam membendung penularan wabak Covid-19 ini dengan melaksanakan pengerahan tenaga tentera dalam membantu pihak polis.
Kredit foto : Twitter MOFASAD
Walaupun begitu, masih ada golongan yang ingkar dan degil terhadap perintah tersebut lalu menyebabkan matlamat untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini menjadi lebih sukar.
Malah, ada juga yang tidak memberi kerjasama walaupun diberi arahan secara berdepan dan memprovokasi pihak berkuasa yang menjalankan tugas.
Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki ditempik oleh seorang petugas tentera seperti yang dikongsikan seorang pengguna twitter, MOFASAD.
Ternyata video itu telah menjadi tular dan mendapat banyak respon dari netizen.
Walaupun tidak diketahui punca sebenar lelaki itu dilayan sedemikian rupa, tetapi ketahuilah bahawa pentingnya mengikuti arahan ketika negara dilanda krisis demi kebaikan bersama.
Hentikan penularan Covid-19, duduk diam di rumah dan jangan kemana-mana.-CARI |