Sudah lebih seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, malah disambung sehingga 14 April 2020, namun masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang berdegil dan ingkar dengan perintah tersebut.
Sikap tidak bertanggungjawab ini dikongsikan hampir setiap hari di media sosi@l seperti video ini. Degil betul!
"Kena teriak macam ni baru ada akai! Bertempiaran lari!
Tujuan kami hanya satu sahaja. Kami nak kes COVID-19 berakhir. Petugas-petugas boleh kembali ke pangkuan keluarga. Orang ramai boleh jalani kehidupan seperti sedia kala.
Tiada lagi kematian. Tiada lagi yang masuk hospital. Tiada lagi tangisan. Tolong lah faham wahai semua. Kami terpaksa bertegas jika terpaksa. Nasihat elok-elok tapi masih buat tak tahu," kongsi Glen Andr di Facebook.
Melalui video ini dapat, dilihat seorang lelaki masih lagi joging semasa PKP. Apabila diberi amaran, terus lari laju mahu menghilangkan diri.
Sementara itu, terdapat juga kanak-kanak yang dibiarkan bermain di luar rumah. Sebaik ditegur, terus lari bertempiaran sampai tertinggal selipar di luar rumah.
Rasa nak tergelak pula melihat gelagat mereka.
Agaknya orang ramai masih tidak menyedari betapa bahayanya wabak COVID-19 ini. Lagi degil, lagi lamalah tempoh PKP.-CARI
|