CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1724|Reply: 8

Marah individu ingkar arahan, ketegasan polis wanita jadi bualan warga maya

[Copy link]
Post time 24-3-2020 12:31 PM | Show all posts |Read mode


Sebilangan besar warga maya kagum dengan ketegasan dan kecantikan seorang pegawai polis ketika menjalankan tugas mengawal pergerakan orang awam. — Foto tangkap layar Facebook


PETALING JAYA, 23 Mac—Tindakan seorang pegawai polis wanita menegur individu mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan tempoh hari menarik perhatian sebilangan besar warga maya.

Tular di media sosial, rata-rata kagum dengan ketegasan ditunjukkan pegawai polis berkenaan yang tegas dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Setakat ini, terdapat dua klip video menunjukkan pegawai polis wanita itu sedang menjalankan tugas sambil diiringi beberapa anggota lain.

Menerusi salah satu klip video, pegawai polis wanita itu dilihat menegur beberapa individu di sebuah bengkel motosikal.

“Kau dok melepak di sini kenapa? Orang (polis) jaga keselamatan kamu semua, kamu semua tak nak jaga diri sendiri.

“Ni, rumah mana? Buat apa kat sini?” soal pegawai polis wanita terbabit.

Sementara itu, sebuah lagi video klip berdurasi seminit memaparkan pegawai berkenaan bersama tiga anggota polis lain di dalam kenderaan peronda menegur seorang individu yang sedang menonton filem di luar premis.

“Kamu tengok movie (filem) dekat rumahlah. Masuk dalam pejabat...nanti orang lain ikut,” tegasnya.

Terdahulu, kebanyakan warga maya bukan sahaja mengagumi ketegasan pegawai polis berkenaan malah tidak kurang ramai yang memuji kecantikannya.

“Harap-harap ada sekatan jalan raya, janganlah ada kakak ni, comel pun seram pulak nak hadap dia,” tulis Yayang Puchong.

“Elok saja bagi polis perempuan dan askar perempuan dok urus nampak cengei (garang) banyak baru tau yang mana tak reti bahasa ni,” kata Khalisha Fatini pula.

Sumber diperoleh ProjekMM setakat ini mendapati pegawai polis berkenaan bertugas di bahagian siasatan jenayah seksual dan sudah berkahwin.

Jelas sumber lagi, video yang tular berkenaan diambil di laman sosial peribadi pegawai polis wanita itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni kot. Aku yang tengok rasa kesian kat sheols & team penat kerja dari pagi sampai malam dari hari pertama hingga hari keempat. Lepas tu gilir dengan polis lain kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi perhatian sbb cantik. Selamat menjalankan tugas ya!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 01:51 PM | Show all posts
sfrnna replied at 24-3-2020 12:58 PM
Jadi perhatian sbb cantik. Selamat menjalankan tugas ya!

tular krn cantekks... kalau rupa mcm mayat, tak tular...

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kata sanggup menunggu akak ni hadir ke pintu rumah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu masa tgk video dia aku mati2 igtkan siti saleha yg jd polis. Aku fikir ini lakonan ke betul2. Tp bila tgk lama2, ok bukan siti saleha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2020 02:34 PM | Show all posts
tu hari nurse cun tunjuk cara sanitizer

cuba kalo berkerak takde nye nak viral2 ginih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 24-3-2020 01:57 PM
Ramai kata sanggup menunggu akak ni hadir ke pintu rumah masing2

Sekali akak ni maki mau terkencing.

Akak ni tugasnya tangkap perogol dan pedo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2020 06:00 PM | Show all posts
Sebab ada rupa sebab tu jadi perhatian kalau rupa macam acik2 tak ada yang nak buat liputan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056256 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list