CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8299|Reply: 31

Covid-19 - Cara Mudah Nak Buat Home Made Hand Sanitizer

[Copy link]
Post time 12-3-2020 12:38 PM | Show all posts |Read mode





Wabak COVID 19 kini sudah dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik.


Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.


Kredit Foto - Reuters Via Astro Awani




Ekoran itu, permintaan tinggi terhadap cecair pembersih tangan (hand sanitizer) dan topeng muka begitu tinggi hingga sesetengah-setengah premis jualan telah kehabisan stok mereka.


Seorang pengguna F@cebook,Ir. Abdul Rahman Bahasatelah berkongsi tips menghasilkan sendiri hand sanitizer mengikut saranan sebuah farmasi yang tidak dinyatakan tempatnya.


Bahan-bahannya:


Kredit Foto - Facebook Ir. Abdul Rahman Bahasa




  • Dettol
  • Sterile Water



Cara-caranya:


1. Campurkan bahan utama menggunakan nisbah seperti berikut:


A. Untuk sukatan 100 ml hand sanitizer

Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.


B. Untuk sukatan 50 ml hand sanitizer

Campurkan 10ml Dettol, 40ml sterile water.


2. Isikan campuran dalam botol spray.


Nota:

  • Untuk menyukat bahan yang digunakan, anda boleh guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian.
  • Formula ni hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas sahaja disebabkan faktor ketebalan kulit.



Walau bagaimanapun menurut laporan CNN Health, WHO tidak menggalakkan penghasilan hand sanitizer secara DIY kerana dikhuatiri tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.


Hand sanitizer DIY tidak mengandungi emolien yang bertujuan memelihara kelembapan kulit seperti yang terdapat dalam hand sanitizer yang dijual di pasaran.


Kredit Foto - CNN Health



Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (US Centers for Disease Control and Prevention) pula, hand sanitizer yang berkesan ialah  yang mempunyai sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol.


Namun WHO menyediakan panduan rasmi untuk membuat hand sanitizer khusus bagi penduduk yang tidak mempunyai air bersih atau produk gred perubatan yang lain.


Penghasilan hand sanitizer DIY ini mungkin langkah terakhir sekiranya berlaku keadaan luar jangka di mana stok benar-benar habis, darurat atau sebagainya.


Apapun, langkah terbaik ialah sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan. Hindari kawasan sesak dan sekiranya perlu juga keluar ke kawasan tersebut, pastikan anda memakai topeng muka.


Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ini. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh tak minta merge iols mod?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kak baru je dari farmasi..asalnya nk beli steril water dll bahn utl buat santizer tapi tak jadi beli je yg dh siap. rugi lak rasa xbeli. lagi murah buat sendri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 01:07 PM | Show all posts
Dettol pun susah dah nak jumpa.. leh jer beli Denatured Ethyl Alcohol kt shopee.. 500 ml dlm RM10 jer..  campur dgn alovera gel skit (270ml dlm RM5).. jadi ler hand sanitizer
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
10% cuka pun boleh buat sanitizer
Cuka = antibact, antivirus, disinfectant
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 02:04 PM | Show all posts
Instruction dgn jelas bagitau 'do not use undiluted product'. Dettol antiseptic liquid ni ada bahan klorin, alcohol 12% je. Tak sesuai utk buat hand sanitizer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli jer lah sanitizer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 03:01 PM | Show all posts
Hand sanitizer ni banyak tempat kekurangan stok kan sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq: Instruction dgn jelas bagitau 'do not use undiluted product'. Dettol antiseptic liquid ni ada bahan klorin, alcohol 12% je. Tak sesuai utk buat hand s ...


Kalau hand sanitizer kena 60% alcohol..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 04:17 PM | Show all posts
benda ni nak buat sanitize benda sesuai la..
for hand/kulit tak kot..
beli je la hand sanitizer dah siap tu..
kalau tak jumpa, beli wet wipes..
kalau takde juga, beli botol kecik letak sabun..
cuci la tangan dengan kerap..
abis cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 04:47 PM | Show all posts
alahai apo susah bahannya tu
ingatkan cuka
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 04:52 PM | Show all posts
Bukan semua sesuai guna ni sebab ada yang rasa pedih selepas menggunakannya lagi pun kandungan alcohol nya rendah sangat untuk dijadikan hand sanitizer.  Elok beli yang dah siap je sejak kebelakangan ni pun nampaknya stocknya pun masih banyak lagi.  Yang susah nak dapat face mask je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:00 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-3-2020 04:17 PM
benda ni nak buat sanitize benda sesuai la..
for hand/kulit tak kot..
beli je la hand sanitizer da ...

Betul sgt..kalau nak sanitize permukaan ok la..dah la bau semacam.takut mengeringkan kulit pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:02 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 12-3-2020 03:46 PM
Kalau hand sanitizer kena 60% alcohol..

Ni untuk bakteria biasa..for covid & sars..percentage dia lebih tinggi, mengikut piawaian WHO la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:14 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 12-3-2020 04:52 PM
Bukan semua sesuai guna ni sebab ada yang rasa pedih selepas menggunakannya lagi pun kandungan alcoh ...

Main ingredient dia 'Chloroxylenol. 'Chloroxylenol is active against a wide range of viruses and bacteria and including coronaviruses,'. "Paul Hunter, Professor of health protection and medicine",. Jadi ok je even kandungan alkohol dia rendah.
'Chloroxylenol is poisonous if ingested and it should not be used as an aerosol that people may breathe." Seboleh2nya elakkan campuran dettol ni dimasukkan dalam spray.


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 12-3-2020 05:02 PM
Ni untuk bakteria biasa..for covid & sars..percentage dia lebih tinggi, mengikut piawaian WHO la.. ...

Maknanye brape percent tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dalam kedai jepun. Miniso yubiso macamtu i tak berapa ingat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Amigurumi at 12-3-2020 11:51 PM
manjalara_01 replied at 12-3-2020 05:20 PM
Maknanye brape percent tu?


I ada baca utk influenza 70-75%. Kalau concentration dia kurang, usefulness for disinfection also drop. Kalau terlampau pekat, dia require longer contact times
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
takut nk bt sndri kang jdik bnda lain. lgpun i prnah mndi pkai sbun dettol msa stay rumah kazen. lps 2 hri kulit bsisik bgelupas. pedih lak tu.

mna xhbis mrata tmpt skrng pkat pkai hand sanitizer. msuk bank pun bau mcm dok dlm klinik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 10:21 AM | Show all posts
baru ingat nk buat sendiri tapi fikir balik xjadila..tgu stok ada nti beli je yg dh siap.. sementara ni guna je sabun selalu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.086150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list