CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 1

Gerakan Syiah di Selangor makin serius

[Copy link]
Post time 29-1-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


MyMetro

Mutakhir

Simpan Artikel

Share



Tweet



PENGIKUT Syiah yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah markas di Taman Sri Gombak, pada 7 September 2019. FOTO arkib NSTP

BERNAMA

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan gerakan ajaran Syiah di negeri ini dilihat semakin meluas dan membimbangkan.

Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ia berikutan pihaknya mengesan wujud pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor.

“Dari semasa ke semasa, ajaran Syiah dilihat semakin kuat dan makin bercambah.

“Sekiranya dulu mungkin kita kesan hanya dua atau tiga pusat kegiatan (ajaran Syiah) saja di Selangor, tetapi sekarang ini, ia bertambah mungkin ada 14 ke 15 (pusat) di beberapa tempat seperti Puchong, Gombak dan Klang," katanya selepas menyampaikan Sijil Peguam Syarie kepada 47 peguam di Shah Alam, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor Datuk Mohamad Adib Husain.

Mengulas lanjut, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya percaya pertambahan bilangan kumpulan dan pengikut Syiah ekoran wujudnya bantuan daripada pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan dan aktiviti sambutan bagi ajaran itu pada hari tertentu.

“... dan penyebaran ajaran Syiah dalam media sosial juga menjadi satu cabaran kepada kita untuk mengekangnya dan yang turut menjadi kesukaran bagi kita adalah sebab pengikut ajaran ini sukar dikesan kerana mereka ini tidak akan mengaku mereka (mengamalkan) ajaran Syiah selain amalan mereka juga tidak banyak berbeza daripada kita yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Justeru katanya, MAIS dan agensi berkaitan di negeri ini akan terus mempergiatkan usaha memantau gerakan ajaran Syiah selain pada masa sama, memberi penerangan mengenai bahaya ajaran itu kepada orang ramai terutama di sekolah dan masjid di seluruh Selangor.

Dalam perkembangan lain, Mohammed Khusrin menggalakkan umat Islam di negeri ini mengadakan solat hajat dan doa selamat susulan penularan 2019 koronavirus baharu (2019-nCoV) di Malaysia.

"Tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk mengadakan solat hajat tetapi kita galakkan untuk umat Islam melakukan solat itu.

"Beberapa masjid di Selangor juga sudah mula mengadakan solat hajat memohon kepada Allah supaya kita dilindungi dari wabak penyakit itu,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon Allah agar memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway Sabtu lepas sy berhenti di RNR Seremban UTK solat jamak.
Kebetulan sy solat belakang seorg perempuan yg sedang bersolat sblm sy. Tapi sy perasan dia duduk diantara 2 sujud. Lepastu dia angguk2 kepala dia UTK beberapa kali dan diteruskan dgn bagi salam kiri kanan. Selepas tu dia ulang lagi buat bende sama dlm 2 kali. Sy cuba bersangka baik sy ingat kaki dia sakit. ( Walaupun musykil knp dia angguk2 kepala ketika solat) tapi lepas dia bukak telekung sy perasan dia bertudung labuh. Kaki pun sihat je. Cpt2 bukak telekung dan pegi. X sempat sy nk bertanya. Ada siapa2 x ada jawapan UTK kemusykilan sy ni?. terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049875 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list