Kredit foto: Instagram Joy Revfa
Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik, Joy Revfa berkongsi sekeping gambar bersama rakan, usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim dalam satu sesi photoshoot.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin turut menulis kapsyen yang menjadi perhatian pengikutnya.
"Wartawan : Adakah Joy & Mawar serik untuk menerima pasangan yang bergelar pelakon/penyanyi?
Mawar : Erk.. bagi cheq(saya) pikiq (fikir) sat (sekejap)...
Joy : Serik, sebab kebanyakan drama jer lebih (tak semua) dan kena pilih yang business/millionaire mindset jugak. Kalau tak memang tak sehaluan. Tapi kalau yang datang tiba-tiba pelakon @ranveersingh / penyanyi @shawnmendes , hat tu baru cheq tak serik tibehhhhh," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya terhibur dengan kapsyen deep itu.
Kredit foto: Instagram Joy Refva
Umum pasti sudah tau kedua mereka mengalami nasib yang sama di dalam perkahwinan dengan pasangan artis sebelum ini.
Setelah melalui episod duka, kini mereka berdua dilihat telah move on dan siap boleh buat lawak pula mengenainya.
Begitulah. Barang yang lepas jangan dikenang.-CARI
|