View: 79760|Reply: 423
|
Anak VVIP hidup bermadu dikantoikan anak sedara di IIUM?
[Copy link]
|
|
baru-baru ni aku terbaca kt confession IIUM pasal bermadu. aku tak reti sgt nk tepek link takut tak masuk, tapi korg leh search sendiri tajuk Peritnye Hidup Bermadu.
confessor ni citer 3 wanita termasuk die sendiri yg dimadukan. yg citer no 2 tu pasal makcik die. nah aku tepekkan
momod kalau rasa tak sesuai leh la pindahkan ke mane2 tp jgn lupe aku nak tacang tau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awat aku x nampak.. Huwaaa.. Asyik terhijab saja aku ni.. Anak zahid komedi la tu |
|
|
|
|
|
|
|
ala..baru nak baca, xde link pulak |
|
|
|
|
|
|
|
sama2 kita terhijab
|
|
|
|
|
|
|
|
MFR_IN replied at 4-12-2019 02:43 PM
sama2 kita terhijab
Hahaha.. Ingatkan kak sarah saja yg terhijab.. TT cepat buka hijab kitaorg... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau si kak long tu, memang dia sendiri reveal kan dia bini no 2...
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 4-12-2019 02:45 PM
kalau si kak long tu, memang dia sendiri reveal kan dia bini no 2...
Ha.. Betul juga kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana link nya..takde pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baca mcm ada kena mengena dgn kak long |
|
|
|
|
|
|
|
Bocah wak jait ke uolssssss mcm ye je |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 4-12-2019 02:45 PM
kalau si kak long tu, memang dia sendiri reveal kan dia bini no 2...
Sah.. Anak zahid komedi.. Sbb tt tu ckp.. Seluruh malaysia tau anak vvip tu bermadu dan show off syg madu dia |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 4-12-2019 02:45 PM
kalau si kak long tu, memang dia sendiri reveal kan dia bini no 2...
Tp confession tu menceritakn betapa siannye makcik dia hidup bermadu dgn ank vvip tu, walaupun ank vvip tu dok portray thy are happy family.. Up kt socmed berlaga pipi dgn madu.. Padahal....? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum kepada semua warga IIUMC. Kisah yang aku ingin kongsikan adalah mengenai pengalamanku sendiri melihat dan merasai sendiri hidup bermadu.
Aku dilahirkan didalam keluarga sederhana. Permulaan cukup bahagia. Ayah dan Ibu cukup segala kasih sayang walaupun hidup kami tidaklah kaya. Ibu berniaga nasi lemak depan rumah untuk menolong ayah mencari nafkah untuk keluarga. Kadang ayah juga akan membantu dan aku melihat keluargaku cukup sempurna.
1) Pengalaman ibuku dimadukan.
Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Apabila ayah kembali dan mengaku sudah jatuh cinta pada wanita lain. Wanita itu adalah kenalan rapat kami sekeluarga.
Waktu itu aku tidak mengerti gelora perasaan ibu. Tapi aku hanya dapat melihat bertapa tenangnya ibu menerima kenyataan. Ibu sendiri meminang wanita itu untuk menjadi madunya. Aku ingatkan ibu kuat, ibu selalu pesan kepada kami supaya menghormati keputusan ayah.
Walaupun luaran ibu nampak kuat, tetapi setiap malam aku mendengar tangisan ibu. Setiap kali ibu solat, ibu akan menangis. Ayah, tidak mengerti dan tidak mahu memahami jiwa seorang isteri. baginya, ayah melihat ibu kuat, so ibu tidak akan sedih. Duhai Lelaki, mengapa kamu tidak cuba memahami hati seorang isteri? mana mungkin isteri akan menerima dengan seikhlas hati apabila dimadukan?.
Ayah sudah berubah sejak beristeri dua. Tiada lagi nafkah untuk kami sekeluarga. Alasan ayah, dia perlu banyak duit untuk membina keluarga baru. Begitu mudahkan alasan seorang lelaki? kalau sudah tahu tidak mampu, mengapa ingin menambah keluarga? Ibu setiap hari terpaksa buat dua kerja. Berniaga dan mengasuh.
Kerana tahu pendapatan kami tidak seberapa, aku usulkan untuk terus bekerja selepas SPM. Ibu tidak mengizinkan dan terus ke rumah madunya untuk berjumpa dengan ayah. Malangnya ayah tidak ambil kisah untuk menolong aku meneruskan pelajaran.
Baginya, seorang perempuan cukuplah hanya sekadar ada SPM. Melihat ibu balik dengan tangisan, aku tetap berjanji padanya yang aku akan terus belajar. Alhamdulillah aku mendapat tawaran belajar dengan biasiswa JPA. Sepanjang pengajian aku, hanya ibu sahaja yang bersusah payah untuk kami adik beradik.
Ayah sudah ada anak baru, faham-faham sahajalah tiada lagi ruang untuk kami sekeluarga. Ayah dengan bangganya beritahu kepada orang luar, yang dia mampu untuk mengatur dua isteri, tidak bergaduh dan aman damai. Tapi masyarakat tidak tahu ibulah yang menjadi asbab ayah bahagia dengan keluarga baru.
2) Pengalaman makcikku dimadukan.
Kalau kusebut madu makcikku ini pasti seluruh Malaysia mengenali beliau. Madu makcikku ini anak salah seorang VVIP negara. Di media madunya punyalah menunjukkan keikhlasan dan sayangkan makcikku. Tetapi hakikatnya, makcik memendam rasa seorang. Aku selalu menjadi teman mendengar keluhan makcik.
Makcik aku ni family agak senang, berkahwin dengan pakcikku yang waktu itu tiada apa-apa. Apabila berjaya sedikit, tanpa segan silu pakcikku mengaku hati sudah terbelah dua. Dan bakal madu itu bukan calang-calang orangnya. Demi menjaga imej pakcik, makcikku terpaksa menerima walaupun hatinya remuk seremuk-remuknya.
Begitulah lelaki, apabila sudah senang, mula mencari yang lebih kaya dan cantik untuk dijadikan isteri. Kemana majlis pasti dibawa si madu, makcikku hanya ditemani anak-anak sebagai penghibur.
Madu itu pulak, giat berusaha kononnya baik dengan keluarga makcik, upload di media sosial, tapi hakikatnya……….. Makcikku cuba kuat kerana tidak mahu berbalah. Wanita selalu berkorban untuk lelaki demi cinta dan kebahagiaan, tetapi adakah lelaki pernah terfikir, bahagiakah isterinya selepas dimadukan?
3) Pengalaman aku sendiri.
Aku baru berkahwin 3 tahun. Suami aku sudah tunjuk belang. Yelah, dia dah pangkat besar, dah lupa siapa yang sudi naik motor dengannya saat diawal perkahwinan dulu.
Naik je gred 44, semuanya ingin naik, termasuklah pasang isteri baru. Tapi yang sadis, kahwin lari di Thailand. Disaat aku pregnant anak kedua. Haha, macam kisah si Dai tu pulakkan. Tetapi ramai sebenarnya isteri menjadi mangsa dengan alasan sunnah Rasulullah SAW.
Aku masih teringat bagaimana aku melihat ibu menangis dahulu, aku tidak mahu anak aku melihat sekarang. Dengan kekuatan yang ada, aku usulkan perceraian. Suami-suami yang selalu ingin pasang isteri ini banyak yang tidak mampu. Tetapi kerana pengorbanan isteri pertama yang mereka tidak sedari itu membuatkan mereka fikir mereka mampu.
Aku mula stop membayar bil-bil, sewa rumah dan susu anak. Aku biarkan anak aku nangis satu hari kerana susu habis, bukan kejam, tetapi aku ingin dia melihat keadaan rumah kami. Suami pada mulanya marah kerana aku mengzalimi anak, aku mengatakan susu habis dan kewajipan dia untuk beli barang keperluan. Surat-surat bill semua sampai dan peringatan untuk bayar.
Pada akhir bulan sebelum kes perceraian kami, aku pindahkan anak-anak ke rumah ibu dan rumah itu aku jual kerana atas nama aku. Suami aku meroyan bagai nak gila. Rupanya dia plan nak bawa madu aku sekali tinggal disana.
Para pembaca, gila ke tak gila? Tak tahu malu nak menumpang rumah aku? Aku mula dicopkan sebagai jahat dan zalim. Ibuku dihina kerana sebab itulah ayah aku berkahwin lain. Aku diam sahaja dan hasil dari jualan rumah itu aku besarkan rumah ibu, bawa ibu ke umrah dan investment untuk anak-anak aku.
Alhamdulillah sekarang aku puas dengan kehidupan aku. Wanita, kalau diri tidak dapat menerima dimadukan, berpisahlah. Percaya diri sendiri mampu untuk kuat dan bahagia selepas perpisahan itu. Kecuali kalau suami itu betul-betul mampu dan anda bahagia dengannya.
Tapi percayalah kes-kes bermadu ini kebanyakkannya suami tidak mampu. Tetapi berlagak kerana isteri banyak support dalam segi kewangan.
Alhamdulillah aku bahagia,
– Elina (Bukan nama sebenar) |
|
|
|
|
|
|
|
sorry chuols tak tau la ngape takleh kuar plak gmbr. tenkius pd yg tlg tepek link |
|
|
|
|
|
|
|
Ha.. sape lagi ank vvip
Aku tgk sedih je muka bini no 1 tu |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah lelaki sis...lebih fikirkan nafsu sendiri berbanding orang lain. Cuba kalau isteri dibenarkan berkahwin lebih daripada satu, rasa rasa si suami akan menerima seikhlas hati ke? gittewww...kecualilah ada sebab2 tertentu dan kedua2nya bersetuju dengan rela hati..macam zarina zainuddin |
|
|
|
|
|
|
|
Madu itu pulak, giat berusaha kononnya baik dengan keluarga makcik, upload di media sosial, tapi hakikatnya……….. Makcikku cuba kuat kerana tidak mahu berbalah.
Kadang, sebab dah benci tu, org buat baik pun tak nampak kebaikannya..
tah betul kak long nak buat baik, tapi madu x blh nak terima.
anak sedara, of course la sebelahkan makcik dia..
eh iols bukan peminat kaklong jahid tu tau...jgn ingat kita nak kaber dia pula.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|