Edited by shomei-shomei at 24-11-2019 09:29 PM
Bunyi nyaring deruman motorsikal berkuasa tinggi membuatpengawal keselamatan syarikat Tega Holding yang menjaga pintu masuk utama bangunan berdiri untuk mendapatkan penglihatan jelas gerangan penunggang motor. Sekelip mata sahaja motor itu berhenti betul-betul hadapan pengawal syarikat itu. Apabila melihat penunggang motor itu sudah mematikan enjin dan mula bersiap sedia untuk turun dari motorsikalnya,pengawal syarikat yang bertugas mengawal keselamatan gerbang lobi bangunan pejabat Tega holding mula bertindak mendapatkan lelaki itu atas tujuan menghalaunya ketempat parkir motorsikal yang disediakan. Niat pengawal keselamatan itu terbantut apabila penunggang motorsikal itu membuka topi keledar hitamnya dan terus memandang tajam kearah matanya.
“Eh,Encik Idris” Pengawal keselamatan itu terus menunduk sikit tanda hormat . Lelaki yang dikenali sebagai Idris itu melemparkan topi keledar dan kunci motornya kearah pengawal itu tanpa bercakap apa-apalantas terus menuju masuk ke dalam bangunan megah itu.
Lelaki itu terus menekan butang lif ke tingkat paling atas bangunan 20 tingkat itu. Butang “tutup “ ditekan berkali kali dengan kasar seolah-olah liff tersebut akan menutup pintunya dengan laju dan menerbangkannya terus di hadapan pintu pejabat Tuan Qayum .
Idris mengenggam tangannya kuat. Matanya ditutup rapat. Sesekali dia menggeleng kepala tanda tidak puas hati .
Pintu lif akhirnya terbuka. Bunyi tapak kasut dan kadar deras pergerakan tubuhnya menarik perhatian pekerja-pekerja Tega Holding . Mereka saling berbisik sesama sendiri seperti keliru melihat wajahyang sentiasa serius kini masam mencuka seperti hendak pergi perang. Aminah , selaku setiausaha TuanQayum lantas menolak tombol bilik tuannya untuk memaklumkan kehadiran anak majikannya itu. “Tuan , Encik Idris datang. Saya nampak dia macam marah. Saya …“Kata-kata Aminah terhenti apabila pintu sebelahnya yang tertutup , tiba tiba terbuka sendiri. Idris melangkah masuk dan berdiri tegak dihadapan meja Tuan Qayum.
Tuan Qayum mengangkat keningnya sedikit melihat Idris yang masuk kedalambilik secara mengejut namun dia sudah bersedia menerima kehadiran anak muda itu. Dia mengangkat tangannya sedikit kepada Aminah isyarat bahawa tiada apa yang perlu dikhuatirkan dan perempuan itu boleh kembali ke meja kerjanya.
“Assalamualaikum , Idris” Tuan Qayum menyapa lembut. Dia memandang tepat kearah mata merah Idris . Dia tahu Idris terluka. Walaupun tidak kelihatan , namun jelas terserlah dari riak muka dan matanya. “ Kenapa?” Idris bertanya. Akhirnya suara Idris memecah kesunyian Tuan Qayum mengeluarkan satu keluhan Panjang sebelum berkata” Idris , lets have a seat?” Idris menggeleng laju. Kakinya seperti sudah terlekat kemas dan riak wajahnya masih sama. Tiada tanda-tanda dia ingin mengendur walaupun sedikit. “ Abah, she can make me happy.”Suara Idris kedengaran lagi. Kali ini sedikit menggeletar dan perlahan. “ I want you to be happy. Believe me but I need to protect you.” Tuan Qayum membalas renungan tajam anaknya dengan pandangan mata yang tenang. “ I can protect myself. I am 30 years old. “ Suara Idris Sedikit meninggi. Dia menggeleng kepala banyak kali tanda tidak percaya. “Tak rasional untuk abah ugut pakcik Rizuan yang abah akan bertindak dengan pecat dia kalau Dahlia terus berhubung dengan Idris. Siap bagi promotion naik pangkat dekat cawangan Muar bagai. Are you a businessman? Mana sifat professional abah?” Idris tidak dapat langsung menahan perasaan marahnya. Lontaran suaranya meninggi dan separuh menjerit. Tiada reaksi dari pihak TuanQayum. Dia hanya merenung wajah Idris seperti sedang memahami perasaan marah anaknya itu. “Apa pun perangai Dahlia, Idris akan ubah dia ke jalan yang betul. Idris yakin dia sebenarnya perempuan baik. Macam mana abah boleh ugut pak cik Rizuan bawa anak dia sekali ke Johor kalau tak nak kena pecat?“ “Kalau itu yang terjadi tak apa.Problemnya sekarang, terbalik. Abah tengok Idris yang terikut-ikut jadi semakin liar macam dia” Tuan Qayum akhirnya bersuara perlahan “So what? Kita berdua ada perangai yang sama abah. Kita jatuh hati dengan perempuan liar . Apa yang menyebabkan abah boleh tapi Idris tak boleh pula?” lantang suara Idris bertanya Tuan Qayum hanya menggeleng-geleng kepala. Dia beristighfar sebanyak mungkin di dalam hati supaya bersabar. Tuan Qayum mengeluarkan telefon bimbitnya didalam poket seluar lalu menekan-nekan touch screen telefon bimbit tersebut lalu meletakkannya di atas meja. Idris hanya memandang perlakuan TuanQayum dengan dahi berkerut.
Sebelum menekan butang “PLAY” , Tuan Qayum sempat menjawab pertanyaan Idris.
“Ada beza. Perempuan liar yang Abah suka bukan perempuan bernaluri jahat. Dia memang cintai Abah dan berubah menjadi lebih baik. Bukan Abah yang berubah menjadi lelaki liar macam yang terjadi pada Idris. Jadi ada beza” Akhirnya Tuan Qayum menekan butang play Idris tidak memberi apa- apa reaksi sepanjang mendengar rakaman perbualan Tuan Idris dan Dahlia. Apabila rakaman perbualan tersebut tamat, Idris hanya mampu memejam matanya. Suasana menjadi diam seketika.Akhirnya, Idris mula mengatur langkah perlahan keluar dari pejabatnya dengan muka tertunduk . Hati Tuan Qayum seperti sedang digores pisau tajam melihat keadaan anak tirinya itu. Tuan Qayum mula berdoa kepadaAllah supaya mengurangkan kesedihan di hati Idris. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Dahlia, aku Nampak boyfriendkau duduk termenung kat luar itu. Dengan baju basah lencun. Dia kena hujan kot.Dia tak sejuk ke?” Imran sibuk memberi soalan cepumas ke Dahlia yang sedang sibuk mencuci pinggan . Kedai makanan segera itu sedikit lenggang seperti kebiasaannya pukul 3 petang bukan lagi waktu makanan tengahari dan belum lagi waktu untuk menjamu minum petang. Apatah lagi cuaca buruk hujan lebat menambahkan lagi kelengangan kedai tersebut. Dahlia tersenyum sinis mendengar kata-kata Imran. Dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu pasti kembali semula kepadanya. Suara Tuan Qayum yang baru dijumpai semalam kedengaran terngiang-ngian di telinganya . Senyuman Dahlia semakin lebar. “Geng, backup aku kejap. Aku nak gi singgah kejap jumpa kekasih hati. “ Dahlia akhirnya bersuara kepada rakan-rakan sekerjanya yang sedang sibuk berbual antara satu sama lain. Mereka menyambut kata-kata Dahlia dengan kata-kata usikan .
Dahlia singgah sebentar ke ruang membasuh tangan . Dia mengoles gincu ke bibirnya dan memperbetulkan rambutnya agar tersusun. Setelah berpuas hati dengan paras wajahnya, dia memandang tepatkedalam refleksi wajahnya yang terpantul dalam cermin. “ Ingat Dahlia,kalau-kalau bapak dia mengadu tentang apa yang terjadi semalam , kau kena tak mengaku sahaja. Jangan sampai kantoi” Dahlia memberi semangat pada dirinya walaupun dalam suara hati sahaja.
Mata Dahlia mula meliar mencari tempat duduk Idris. Akhirnya matanya terhenti pada lelaki itu yang duduk betul-betul bersebelahan dengan tingkap . Lelaki itu tidak langsung memesanapa-apa makanan dan matanya hanya memandang kosong permandangan di luar .
“Sayang, apasal you basah lencunini” Dahlia mengambil tempat duduk betul-betul dihadapan Idris. Ini mesti kau frust bapak kau rasuah bapak aku naik pangkat pergi Johor kan? Kau takut kita berjauhan. Tiada jawapan daripada Idris. Dia hanya mengalihkan pandangannya kearah Dahlia dengan senyuman. Senyuman Idris melegakan hati Dahlia. “ I jalan kaki datang sini dari office father I” Idris menjawab lemah. Matanya sayu memandang wajah Dahlia. “ Mana pergi kereta ke motor you?Father you dah buang you ke apa? Takkan you jalan kaki dari office father you ke sini. Mahunya 1 jam juga perjalanannya” Dahlia seperti tidak dapat menyorok perasaan ingin tahunya tentang apa yang terjadi. Apabila dia memaklumkan pada Idris kononya papa telah memaksanya berpindah sama ke Johor, Idris seperti hilang keruan. Dia seperti dapat mengagak perancangan abahnya untuk menghalang perhubungan mereka. “Bukan. I terasa macam nak jalan kaki. Sepanjang perjalanan ini , I cuba ingat kembali kisah macam mana I jatuh cinta dengan you. You tahu, dengan adanya you disisi I, I rasa hati I gembira sangat.” Hati Dahlia berbunga-bunga mendengar kata-kata Idris. “ I pun sama” Dahlia membalas
“ I terlampau cinta dekat you sampai I sanggup masuk keluar kelab malam sebab bimbang pasal keselamatan you walaupun waktu itu you keluar dengan kawan-kawan you. Manalah tahu lama-lama kelab malam dah jadi rutin hidup i” Idris bernada kecewa. “I sanggup tunggu you buang tabiat minum arak bertahun lamanya sampai I tak sangka I dah pun teguk air haram itu juga. Baru 5 minit tadi I google, dah masuk pun gambar I pegang tin arak you dekat laman-laman web gossip. Habis satu Malaysia tahu , anak ahli perniagaan terkenal kaki clubbing” Matanya masih memandang kearah tingkap. “ Nasib baik I tak sempat buat satu lagi dosa besar walaupun dah banyak kali you ajak I tidur rumah you” Idris menelan air liur . “Idris , apa yang….” Dahlia cuba memotong kata-kata Idris namun terhenti apabila Idris mengangkat tangannya tanda menghalang Dahlia dari terus bersuara. “I ingat , I dapat tarik you keluar dari gaya hidup you. Manalah tahu I yang rupanya tertarik jauh ke dalam dunia you. Macam itu punya cinta I dekat you pun you sanggup jual I?” Kali ini mata Idris terus memandang tepat ke dalam mata Dahlia. “Apa? Jadi you percaya kata-kata Abah you itu? You merepek macam ini sebab Abah you buat fitnah kat I.” “Dahlia, sepanjang perjalanan I sampai ke sini, ada banyak soalan I nak tanya you. Akan tetapi bila I tengok wajah you sekarang, I cuma nak tanya, selama ini you hanya pura-pura cinta I?”Idris menunggu jawapan namun lidah Dahlia seperti kelu untuk berkata-kata.Keberaniannya hilang seperti ditiup angin. “I tak tahu kenapa abah you buat cerita tentang” Dahlia cuba bersuara namun Idris cepat-cepat potong dengan perkataan yang ditekan pekat satu persatu “Abah I tak pernah bohong . I dengar semua ini dalam rakaman perbualan.” “Orang tua licik. Pandai pula rakam” hati Dahlia menjerit
Dahlia kehilangan kata-kata lagi.Kini dia sudah mula takut kehilangan Idris. Bukan sehari dua dia merancang untuk memikat lelaki itu. Lelaki itu satu-satunya cara untuk menaikkan taraf hidup dia dan keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan hidup. Apa kata ayahnya nanti? Mesti habis dihamunnya Dahlia. “ Dahlia, mulai saat ini, I akan lupakan kewujudan you dalam hidup I. Kalau kita terserempak tengah jalan pun,jangan langsung senyum atau tegur I. I halalkan semua duit yang I pernah beri pada you. ” Idris lantas bangun meninggalkan Dahlia terpinga-pinga keseorangan. Dahlia terkejut hingga tidak mampu bersuara atau bernafas. Sejurus sahaja Idris melangkah keluar dari kedai itu , dia ternampak kereta BMW papanya. Pak Saha hanya tersenyum menyapa Idris dari jauh dan membuka pintu kereta tanda mempelawa Idris ke dalam tempat duduk belakang keretanya. Idris menghampiri Pak saha lalubertanya “ Mana Pak Saha tahu saya di sini?” Pak saha langsung tidak menjawab tetapi hanya memberi senyuman . Idris menutup pintu belakang kereta itu dan mengambil tempat duduk disebelah pemandu. Dia akhirnya membalas kembali senyuman Pak Saha walaupun tidak semanis kebiasaannya. “ Tolong bawa saya ke Tega Holdings?” tanya Idris. Pak Saha hanya mengangguk tanda akur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Qayum lega setelah membaca mesej Pak Saha yang tertulis Tuan, Idris selamat sampai kat kedai tempat budak itu bekerja. Diabasah kuyup sahaja sebab jalan kaki dari Tega Holding ke sini. Nanti sayahantar dia balik rumah. Tuan jangan risau. “
Pengawal yang menjaga pintu masuk syarikat telah memaklumkan kepada Tuan Qayum bahawa Idris tidak menunggang motorsikalnya tetapi hanya berjalan kaki. Pengawal keselamatan itu turut menyata kebimbangan kerana bunyi guruh telah mula kedengaran dan hujan mulai turun lebat. Namun Idris tiada tanda-tanda mencari tempat berteduh atau berpatah balik. Kakinya terus melangkah perlahan meredah hujan. “Tak payah risau? Naik gila aku dibuatnnya. “ Tuan Qayum mengomel sendirian. Seram sejuk dia mendengar kata-kata pengawal itu kerana bimbang anaknya itu melakukan apa-apa tindakan membahayakan dirinya sendiri. Dia masih teringat wajah Dahlia yang hadir ke pejabatnya semalam
“Dahlia, pak cik tahu hubungan Dahlia denganIdris sudah 3 tahun. Hubungan cinta tanpa ikatan pernikahan tidak elok sebenarnya. Sebelum pakcik berbincang dengan Idris dan berjumpa dengan bapa Dahlia secara rasmi, pakcik nak tanya sudikah Dahlia menjadi isteri Idris? Dahlia Nampak terkejut. Dia menjawab dengan tidak pasti “Saya dah berbincang dengan Idris. Dia faham yang saya belum bersedia mental untuk menjadi isteri Idris.Lagipun saya ada cita-cita yang belum tercapai” “Dahlia, terus terang pak cikkata, pakcik tak suka cara hidup Idris sekarang. Hampir setiap minggu ke kelabmalam. Pak cik juga dengar-dengar dia sudah mula minum minuman keras. Jadi pakcik tak dapat bagi dia teruskan hubungan dengan Dahlia sebenarnya. Kamu berdua tidak dapat membimbing pasangan kamu kearah yang baik.Kamu hanyut. “
Dahlia menelan air liur. Kali ini muka Dahlia berubah sedikit panik. “Namun, pakcik bagi peluang. Kamuperlu berkahwin untuk tidak terus hanyut. Mungkin dengan perkahwinan, kamu akan berubah hati melupakan cara hidup kamu kerana kamu akan fokus membina keluarga.Pakcik akan pastikan kamu berdua tidak hanyut dan secara rasmi disini pakcik kata yang pak cik akan bertanggung jawab jaga anak dan menantu pakcik. Dahlia boleh terima?” Tuan Qayum bertanya dengan suara perlahan dan dalam tanda serius. “Jadi, maksudnya pakcik akan masuk campur dalam kehidupan kami nanti walaupun lepas kahwin?” Dahlia bertanya minta kepastian “Iya. Pakcik tak boleh berundingmengenai hal agama anak lelaki pakcik . Pakcik kenal hati budi Idris dan pakcik percaya pak cik dapat ubah dia dengan cara yang elok. Tapi , sebelum kamu meneruskan hubungan ini, pakcik kene terangkan tindakan pakcik supaya kamu boleh faham.Kamu kena sama-sama berusaha berubah.” “Pak cik tak rasa melampau?”Dahlia bersuara setelah beberapa lama terdiam “Saya yakin, tiada ibu bapa yang akan masuk campur dalam hal peribadi anakya macam ini sekali. Mana boleh pakcik tentukan hidup kami? Mak bapak saya tak pernah masuk campur tentang hal percintaan atau cara hidup saya mahupun Idris. Kami akan berubah bila tiba masanya. Jangan menilai luaran dengan apa yang ada di dalam seseorang” walaupun suara Dahlia lembut, namun kata-katanya agak tajam kedengaran “Jadi , Dahlia tak setuju?
“Saya belum bersedia jadi isteri Idris” “Jadi pakcik tak ada apa lagi hendak bincangkan. Pak cik kena tarik Idris dari hanyut sebelum terlambat” Tuan Qayum menutup cerita . Gaya Tuan Qayum menyebabkan Dahlia gugup. Tuan Qayum secara lembut memberi simbolik bahawa dia akan memisahkan percintaan mereka. “Kalau pakcik hendak pisahkan saya dengan Idris , saya tak kisah. Yang akan merana adalah anak pakcik sendiri. Pakcik akan seksa dia sebab saya cinta pertama dia.Dia akhirnya akan pilih saya dari pak cik. Jangan sampai pakcik hilang anak lelaki kesayangan pakcik. “ Dahlia mengugut yakin. Entah mengapa dia panik dan tanpa berfikir terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya keluar pada hari itu. “Dahlia tak bersedia jadi isteri Idris dan mengubah cara hidup demi Idris. Jadi kita tak akan dapat jalan penyelesaian di sini. “ Tuan Qayum berkata tegas. “ Apa pilihan yang pakcik ada? “ Tuan Qayum mula memancing. Diatidak pasti adakah Dahlia akan terperangkap dengan kata-katanya kerana dia masih tidak pasti tahap percintaan Dahlia pada Idris. Dahlia terdiam seketika. Akhirnyadia bersuara “ Saya sanggup tinggalkan Idris, dengan syarat , saya dapat biasiswa belajar di School Of American Balletdi New York dari Tega Holdings” “Kalau saya tak nak?” Tuan Qayumpura-pura bertanya “Saya tiada pilihan. Saya perluteruskan hubungan dengan Idris walaupun tanpa restu Tuan Qayum . Saya minta maaf. Saya sudah menjadi sebahagian dari hidup Idris sejak kematian isteri Tuan Qayum, Puan Safia” Terbayang wajah Safia seketika difikiran Tuan Qayum. “Awak sanggup tinggalkan Idris demi ke biasiswa? Awak tak kisah perasaan Idris?” “Saya belum ada apa-apa hubungan rasmi dengan Idris. Tentu Tuan Qayum pun tak nak saya melekat dengan anak tuan.Jadi, saya rasa ini yang terbaik “ Dahlia mengugut dengan penuh berkias. “Tuan Qayum fikirlah elok-elok .Apa yang terbaik.”Dahlia sudah memulas tombol pintu dan bersedia untuk keluar .Tiba-tiba dia terdengar suara Tuan Qayum berkata “ Dahlia, awak tak akan dapat anak saya dan awak tak akan dapat biasiswa itu pun. Awak tidak ikhlas dengan Idris.” Riak muka Dahlia berubah.
“Awak dah buat kesilapan besar . Anak saya bukan bahan untuk awak memberi ugutanpada saya. Awak tak layak jadi menantu saya bukan sebab awak miskin atau tidak berpelajaran tetapi awak bukan perempuan baik. Sesiapa dalam dunia ini pun tidak layak untuk jual beli perasaan anak saya ” Kini giliran dahi Dahlia berkerut. Dia sedikit gentar dengan kata-kata Tuan Qayum. “Please, help yourself out. Tuan Qayum mengakhiri perbualannya dan terus membuka file untuk menyambung kerja sehariannya. Dia hanyamembiar mata Dahlia terus kaku memandangnya.
Lamunan Tuan Qayum terganggu apabila mendengar pintu biliknya dibuka dari luar. Susuk tubuh Idris akhirnyakelihatan. Kali ini Idris menunduk ke lantai sambil berjalan masuk ke bilikbapanya. Akhirnya mata mereka bertemu. Idris mengetap bibir sebelum berkata “Abah, Idris dah tiada apa- apa hubungan dengan Dahlia.”
Tuan Qayum melihat mata Idris mula bergenang. Terimbas kembali zaman anaknya itu masih kecil dalam linkungan3-7 tahun . Setiap kali anaknya dalam kesedihan dan matanya mula bergenang, diaakan terus memeluknya seketika dan bertanya “ are you feeling better now?” dananaknya itu akan menjawab “ I feel better now, abah” . Entah kenapa Tuan Qayumterasa seperti dia perlu berbuat sedemikian hari ini setelah sekian lama diatidak pernah melihat anaknya kesedihan. Tuan Qayum bergegas bangun dan terus menarik anaknya itu dalam pelukannya. Anaknya itu membalas pelukan TuanQayum . Walaupun tidak nampak tangisan anaknya, Tuan Qayum dapat mendengar esakan perlahan Idris. “ Do you feel better now?” TuanQayum bertanya spontan bila kedengaran tangisan itu semakin perlahan. “ It hurts so much , Abah. I amnot ok. I cannot breath” Idris membalas dengan suara yang bergetar-getar. “ I hope your wound will healsoon , son. Allah will always be withyou.” Tuan Qayum dapat merasakananggukan Idris di bahunya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apalah bodoh sangat engkau ini Dahlia. Aku dah warning kau awal-awal , bapa si Idris tu jahat. Satu Malaysia tahu dia itu licik . Setakat engkau, dia boleh cantas dari hidup Idris”Ridzuan memarahi Dahlia. “Manalah aku sangka orang tua tu merakam apa yang aku cakap. Aku betul-betul tak sangka. “ Dahlia menggeleng kepala tidak percaya.
“ Kalau aku kalah judi lagi lepasini, siapa nak tolong settlekan?” Ridzuan bertanya Dahlia menjeling papanya. Dia masih ingat lagi macam mana Idris akan membayar hutang judi bapanya keranatakut Dahlia diapa-apakan. Bukan sekali tetapi 5 kali , Idris sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk menjauhkan Dahlia dari bahaya. Walaupun Ridzuan telah berjanji berulang kali untuk tidak berjudi lagi, itu hanya sekadar janji. Selepas Idris memberi bantuan sekali,Rizuan sudah mula mengambil kesempatan. Setiap kali dia kalah judi dan perlu membayar wang taruhan, dia akan meminta bantuan Idris menggunakan nama Dahlia.
“ I pentingkan nyawa you. I sanggup keluarkan semua simpanan I kalau itu boleh selamatkan you. Kahwin dengan I. I akan protect you dari papa you. ” kata-kata Idris terngiang-ngiang kedengaran di telinga Dahlia. Dahlia tidak pernah memberi respon kerana dia memang tidak bersedia menjadi isteri Idris. “ Aku tak peduli. Aku nak si Idris jadi menantu aku . Kau ingat cukupgaji RM 4000 yang bapa Idris itu tawarkan pada aku sebagai pengurus pengawal keselamatanTega Holdings? Aku terpaksa pindah Johor macam yang dia nak dan aku akan bawa kau sekali macam yang aku dah janji pada dia. Kau kena cari jalan balik macam mana nak menang hati Idris.” Ridzuan berang kerana tindakan bodoh Dahlia. Kini dia telah naik pangkat secara tiba-tiba dan perlu bekerja lebih keras untuk hidup. Dia tidak dapat lagi ponteng kerja sesuka hati atau curi tulang .
Dahlia tidak menangis. Dia hanyakecewa tidak sangka perancangan rapi yang dibuatnya dengan sekelip mata hancur lebur. Dia memerlukan lelaki itu untuk survival lebih daripada untuk bercinta.Dia tidak pernah percaya pada cinta namun dia seperti merasakan kehilangan sesuatu apabila lelaki itu mengukapkan kata putus.
Pertama kali mata Dahlia tertancap pada wajah Idris adalah pada usia 14 tahun. Dia tidak terpikat langsung dengan wajah Idris yang manis seperti mempunyai kacukan Arab-Melayu walaupun hakikatnya dia tidak mempunyai darah kacukan. Dia lebih tertarik apabila mengetahui Idris adalah anak kepada Tuan Qayum yang sangat terkenal sebagai usahawan Berjaya. Dia sudah memasang cita-cita untuk menarikperhatian lelaki itu satu hari nanti.
Pertemuan singkat kali pertama itu berlaku ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan Tega Holding untuk perkerja-perkerja berserta keluarga mereka sekali. Pertemuan kali kedua adalah seperti yang dirancang rapi bertahun iaitu melalui kemalangan motornya dengan kereta Idris
Dia masih teringat lagibagaimanda dia tekad untuk melanggar kereta Idris dari belakang dan sanggup terpelanting jatuh..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Imbas kembali….
BUMPPPP!!! Idris terkejut apabilaterdengar bunyi bonet keretanya dilanggar . Pedal brek ditekan mengejut lantasdia bergegas turun mencari punca. Kelihatan seorang gadis berhelmet sedangmembelek lengan dan kakinya yang mempunyai luka yang tidak begitu serius. Idrismeneliti belakang kereta Myvi yang sedikit remuk kesan dari hentakan motorsikalitu. “Woi. Buta ke?” Gadis berhelmentmenjerit apabila melihat Idris sibuk membelek bonet keretanya bukan risau akankeadaan dirinya yang telah rebah bersama motor Modenas kriss miliknya. “Buta? Siapa buta? Nampak apa dahjadi dengan bonet kereta ini?” Idriss mula bersuara. Dia tidak tengking tapi suaranya kedengaran sedikit kuat. “Kereta penting ke nyawa orangpenting?” Gadis yang masih memakai helmet itu mula menyoal. Idriss menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun pergi mendekati gadis itu yang masih terduduk di tengah jalan raya. Dengan hanya menjenguk sedikitIdriss bersuara “ Sedikit je tu” “Sedikit? Tahu tak habis luka kaki dengan tangan aku.” Dahlia bersuara separuh mejerit. Dahlia akhirnya membuka helmet dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Dia dapat melihat mata Idris sedikit terpanamelihat dirinya. Yess yess. Tolonglah terpikat. Doa Dahlia termakbul. Memang Idris sedikit terpikat melihat wajah Dahlia yang persis pelakon Sariyanti. Cantik perempuan depan aku ini. Sedetik kemudian Idris terbangundari lamunan. “ Aku betul-betul tak paham dengan kau ini. Orang bawa motor , engkau pun bawa motor. Jalan yang punyalengang macam ini pun kau boleh langgar bonet kereta aku. Macam tak logik.Kalau kau lelaki dah lama aku belasah kau sebab confirm kau ada motif langgar bonet kereta aku malam-malam macam ini” Suara Idris terus bernada tinggi keranadia tiba-tiba rasa malu teringat bagaimana dia terpana memandang wajah Dahlia Memang aku pun ada motif tapi bukan sebab nak rompak kau. “ Aku nak ganti rugi. Tengok ini.Sakit tau. Serius luka aku ini. Kena pergi hospital.”Dahlia meminta dengan muka bersahaja. Idris memuka dompet lalumengeluarkan wang kertas berwarna ungu sebanyak 2 keping. “Nah” Idris menghulurkan duit kepada Dahlia. Tanpamembuang masa Dahlia menyambut helaian duit tersebut lalu dikiranya depanIdris. “Ahh, takkan RM 200 sahaja. “Dahlia pura-pura kecewa. “ Hm berapa agaknya kos pembedahan otak kat hospital kerajaan sebab aku rasa engkau ini dah tak waras agaknya. Kalau kau pergi Klinik cuci luka engkau ini pun tak sampai RM 100. Cukup bersyukur aku tak heret kau pergi balai polis suruh kau bayar kos baiki bonet kereta aku. Sudah , kita tutup cerita” Idris mula melangkah kearah keretanya kembali. Muka sahaja cantik tapi kalau ada peluang ambik kesempatan, memang tak lepas.
Enjin dihidupkan dan kereta terusmeluncur laju meninggalkan Dahlia yang masih terduduk membelek luka dipehanya .Namun mata Idris terpandang pada cermin sisi kanan kereta. Rasa kasihan mulamenular lalu Idris menekan brek . Matanya tidak lepas pada cermin sisi keretanya. Dahlah jarang kereta lalu Lalang kawasan ini. Waktu pun nak masuk maghrib ini. Kalau ada lelaki jahat , habis perempuan ini.
Dia menghentak tangannya di stereng kereta danmenukar gear kepada R mode.
Dahlia sedikit tersenyum apabilamelihat kereta MyVi hitam mula berundur kembali setelah sekian jauh. Aku dah agak, engkau tak akan sekejam itu. Dahlia pura-pura tidak sedar kehadiran Idris mendekati dirinya yang masih terduduk.
“Engkau boleh berdiri?” Idris bertanyadengan nada mendatar Dahlia hanya menggeleng
Idris menghulurkan tangannya.Tanpa beragak-agak Dahlia menyambut. Dahlia cuba berdiri , namun atas kepedihan luka di pehanya dia hilang keseimbangan badan dan terus terjatuh kehadapan namun sempat disambut oleh Idris secara spontan. Kini posisi mereka seakan berpeluk namun cepat-cepat Idris menjarakkan tubuh badan mereka supaya bahagian depanbadan Idris tidak melekap pada badan Dahlia. Tangannya masih memegang bahuDahlia supaya gadis itu terduduk kembali di atas jalan raya dengan perlahan “Aku rasa aku tak dapat berdiri.Pedih sangat luka ini” Dahlia mengetap bibir tanda menahan pedih luka. “ Sikit je pun luka ini. Manja betul. “ Idris mencangkung meneliti luka di lutut Dahlia. Kemeja putih tidak berlengan yang dipakai Dahlia kini mempunyai tompok tompok coklat tanda telah terkena kekotoran debu jalan raya. Di kedua-dua bahagian lengan Dahlia agak teruk berdarah mungkin akibat geseran dengan jalan raya ketika dia terpelanting sedikit akibat momentum kemalangan.Seluar jeans tiga suku yang dia pakainya habis koyak di bahagian lutut dan peha. Di bahagian terkoyak itulahkelihatan terluka dan dan darah merahtelah mengalir dan membasahi jeans. “Sakit untuk perempuan. Mana nak sama dengan lelaki.” Dahlia akhirnya bersuara melihat Idris seperti sedang berfikir
“Engkaudah tiada pilihan. Aku perlu dukung engkau. Engkau kena percaya pada aku” Idris akhirnya bersuara perlahan secara tidak langsung meminta kebenaran untuk mendukung Dahlia. Dahlia menyembunyikan kegembiraan hatinya dengan mengangguk serius. Progress lagi bagus dari yang akujangka.
Bersambung ~~~Terima Kasih baca .
|