Edited by tari at 7-11-2019 08:30 PM
Sebut CICAK pasti ramai yang geli geleman mendengarnya. Dah guna macam-macam cara tapi masih berkeliaran sicicak. Stress najisnya mengotori rumah. Nah disenaraikan sebahagian petua untuk menghalau cicak
1. KULIT TELUR – letak ditepi tingkap atau pintu(laluan cicak). Perlu diganti 3 minggu sekali.
2. BAWANG PUTIH/BAWANG MERAH – potong bawang dan diletakkan dikawasan yang disukai oleh cicak. Boleh juga gunakan semburan bawang yang telah dikisar untuk menghalau cicak. Cicak akan keluar dari rumah kerana tidaktahan dengan bau bawang.
3. SERBUK LADA HITAM, SERBUK CILI DAN AIR Cicak tak suka benda yang pedas, kita boleh gunakan bahan yang pedas iaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air. Caranya: Campurkan serbuk lada hitam dengan serbuk cili. Masukkan campuran tadi ke dalam botol spray, masukkan air. Goncang sehingga sebati. Sembur ke tempat cicak selalu kelihatan. Cicak akan lari bertempiaran akibat tak tahan pedas.
4. SERBUKKOPI +TEMBAKAU Caranya: Campurkan serbuk kopi dan tembakau. Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi. Benamkan hujung pencungkil gigi yang bergam tadi ke dalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Gerak-gerakkan pencungkil gigi supaya serbuk tadi melekat kepadanya. Letakkan pencungkil gigi tersebut di kawasan cicak selalu kelihatan. Cicak akan tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh campuran tadi lalu menjilatnya. Bahan dalam campuran tadi akan menyebabkan cicak mati
5. SERAI WANGI Letak batang berserta daun serai ditempat cicak berkeliaran. Kalau tidak ada pokok serai beli semburan serai wangi, danspray. Pasti bertempiaran cicak lari
6. JAGAKEBERSIHAN RUMAH Pastikan ruang dapur sentiasa bersih. Tong sampah ditutup rapat. Kalau rumahbersih cicak pasti berkurangan.
Sekiranya ada petua yang lain, sila sambung ……..
|