CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5569|Reply: 2

3 Herba Hilangkan Bengkak Tonsil Secara Semulajadi

[Copy link]
Post time 25-8-2019 12:18 AM | Show all posts |Read mode
3 Herba Hilangkan Bengkak Tonsil Secara Semulajadi
Tonsil atau sakit pada bahagian tekak memang perit, lebih-lebih lagi ketika hendak makan atau minum dan kadang-kadang kesakitan itu menyebabkan anda tiada selera untuk makan sekali gus membuatkan badan menjadi lemah.


Gambar hiasan.

Pun begitu, anda jangan risau. Kami cuba kongsikan anda petua bagaimana untuk merawat bengkak tonsil sehingga sembuh dengan 3 herba dibawah.
1. Daun Pudina
Ambil segenggam daun pudina, didihkan bersama secawan air. Kemudian tapis dan tambah satu sudu madu. Minum dua hingga tiga kali sehari.
Daun pudina mempunyai kandungan bakteria, jadi virus yang membiak pada bahagian tonsil dapat dihapuskan.
2. Kulit Kayu Manis
Campurkan satu sudu kulit kayu manis dan dua sudu madu ke dalam secawan air panas.
Amalkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan terbaik.
Tahukah anda bahawa kulit kayu manis memiliki agen anti mikrob yang dapat menjadi penawar kepada tonsil.
Ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak.
3. Kunyit
Ambil satu sudu kunyit serbuk dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Amalkan dua kali sehari untuk mendapat kelegaan dengan cepat.
Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan.
Bengkak akan berkurangan dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh anda.
Semoga memberi manfaat.

Sumber: Sentiasa Panas
Copy & paste dari Cashzine.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 05:20 PM | Show all posts
paling mujarab, p ambik antibiotik kt klinik la, carly prnah kena, duk ikut petua bagai, last2 nk makan pun x boleh, nk cakap pun x boleh... nk telan mmg sakit sgt... bila start mkn antibiotik, 2 hari lepas tu terus elok... tu terpikir cemana la org yg kena cancer tekak tu... mesti sakit gt kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 10:08 PM | Show all posts
Petua daun pudina ni xpernah dgr lagi. Kalau yg kulit kayu manis tu ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063887 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list